Archive | November, 2008

Minat membaca? Boleh Berkongsi Dengan Saya……

29 Nov

1c0d0a9fcde9fe921

Membaca adalah hobi yang diminati hampir semua manusia tanpa mengira sempadan geografi.Di negara maju contohnya di Amerika Syarikat, Jerman, England, Jepun sebahagian besar masyarakatnya sering membaca buku tanpa mengira tempat contohnya di perhentian bus, taman permainan, kedai makan, rumah dan semasa menaiki kenderaan awam atau ketika melancong di Malaysia.Perasaan malu melihat sesetengah masyarakat di malaysia suka menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah sehingga merasakan amalan membaca buku dianggap perkara yang tidak bermanfaat.Jika dilihat senario masyarakat di negara maju yang ghairah membaca pelbagai jenis bahan bacaan, perkara ini menunjukkan tahap penguasaan dan kecintaan kepada ilmu yang tinggi dikalangan mereka.Membaca membantu seseorang mendapat maklumat yang baru. Dalam Islam, penguasaan ilmu pengetahuan amat dititikberatkan.Perkara ini terbukti dengan lahirnya ramai ilmuan Islam.

Menurut Prof. Dr. Sidek Baba (UIAM) dalam penulisannya yang bertajuk
“kepentingan Menguasai Ilmu Yang Bermanfaat” di akhbar Mega, Utusan Malaysia bertarikh 19 April 2007 menyatakan Al-Quran memberikan asas tentang ilman nafia atau ilmu yang bermanfaat dan yanfaunnas atau sesuatu yang memberi manfaat kepada manusia. Sejarah pertumbuhan ilmu dan tamadun Islam telah menyebabkan ia tidak tertutup untuk memanfaatkan faedah berbanding dari tradisi keilmuan orang lain. Ada asas-asas universal yang terdapat pada ilmu yang berkenaan yang tidak bercanggah dengan faktor akidah dan syarak.

Kunjungan al Biruni ke India, pengembaraan Ibn Battuta ke serata ceruk dunia, penguasaan al Farabi, Ibn Sina terhadap ilmu-ilmu falsafah Greek-Yunani, anjuran Rasulullah supaya ilmu dituntut hingga ke negeri China.Begitu juga kaedah menebus diri tawanan perang dengan mengajarkan anak-anak Islam kemahiran membaca dan menulis pada zaman Rasulullah. Semuanya adalah asas sandaran bahawa di samping pemerkasaan ilmu-ilmu Islam, ilmu yang bermanfaat dari tradisi dan tamadun lain harus dicari selagi ia tidak bercanggah.

Lebih-lebih lagi dewasa ini umat Islam menjadi pengguna kepada ilmu-ilmu sains dan teknologi dari Barat dan Timur. Hasil kekuatan sains dan teknologi ini kuasa-kuasa Barat memiliki upaya menakluk dan menjajah dan kuasa-kuasa sedang muncul sebagai negara maju dan bakal menjadi kuasa besar.Penaklukan dan penjajahan kini tidak seperti dulu. Kehebatan teknologi langit terbuka, rangkaian teknologi maklumat dan komunikasi, kesuburan media cetak dan elektronik, rangkaian Internet dan sistem komputer yang canggih telah memberikan bentuk ‘penjajahan’ baru kepada umat Islam.

Cabaran untuk mengetahui aspek-aspek teknologi amat dituntut supaya umat Islam tidak selamanya menjadi pengguna kepada keunggulan ilmu dan teknologi Barat umpamanya sehingga Barat dijadikan indikator maju, moden, membangun dan berubah secara mutlak.Mempelajari teknologi atau ilmu alat tidaklah salah. Teknologi dari sudut Islam selamanya alat. Ia bukan matlamat. Matlamat dalam komputer dan Internet umpamanya ialah untuk memperkaya, mempercepat dan mempelbagaikan maklumat supaya pemikiran manusia menjadi lebih luas.

Secara mekanistiknya tidaklah salah. Tetapi terdapat sesetengah maklumat, perisian, input dan program dalam komputer dan Internet mengandungi hal-hal yang sifatnya menyalahi. Ia memerlukan daya saring yang tinggi di kalangan pengguna supaya pengguna dapat membezakan yang baik dengan yang buruk dan yang bermanfaat atau sebaliknya.

Adalah menjadi cabaran remaja untuk memahami keadaan ini supaya para remaja tidak terjebak dalam perangkap Barat atau yang boleh merosakkan minda remaja. Persoalan maklumat berkait rapat dengan pemikiran. Orientasi maklumat yang datang dari budaya orang lain kadang-kadang membawa orientasi dan nilai yang tidak sama dengan nilai-nilai Islam.

Apa yang patut dilakukan oleh remaja ialah memiliki tekad dan azam yang tinggi untuk mempelajari sesuatu yang bermanfaat dari orang lain, tradisi lain malah tamadun lain. Oleh kerana sifat sains dan teknologi berkembang, para remaja harus bersedia untuk menguasai ilmu-ilmu baru supaya umat Islam sentiasa semasa dengan perkembangan zaman.

Namun begitu para remaja harus terlebih dahulu menguasai asas-asas ilmu dan pemikiran Islam. Ulama dan ilmuwan Islam di zaman gemilang dulu menguasai ilmu-ilmu mengenai akidah, syariah, ibadah dan akhlak supaya mereka memiliki jati diri sebagai seorang Islam yang berilmu dan menghayati ilmu. Asas-asas ini sangat penting untuk memberikan para remaja kekuatan diri menghadapi maklumat, data dan fakta dari sumber-sumber orang lain atau sumber berbanding.

Apabila dewasa kelak, ia akan berkembang kerana sifat ilmu dan maklumat tidaklah statik. Batas fardu ain umpamanya tidak memadai bagi remaja. Ini kerana corak cabaran semasa jauh menuntut supaya penguasaan ilmu alat seperti sains dan teknologi, komputer dan penyelidikan, pengurusan dan perundangan, ekonomi dan kajian ilmu-ilmu kemanusiaan, tamadun dan sistem nilai supaya remaja mempunyai perspektif yang betul dan asas yang jelas mengenai ilmu Islam dan kaitannya dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat dari sumber orang lain.

Adalah tidak memadai seorang umat Islam yang menguasai ilmu fardu kifayah maka semua yang terlepas dosa. Ia adalah syarat fikah yang minimum.Ilmu dan maklumat bukanlah sesuatu yang sifatnya berkecuali. Tumbuhnya ilmu dan suburnya maklumat adalah dari pengalaman budaya dan sistem nilai yang dimiliki dan diwarisi oleh sesuatu bangsa dan tamadun. Tamadun Barat pada hari ini banyak menumpukan kepada faktor-faktor memajukan benda dan pemikiran berasaskan faham sekular dan liberal.Faham ini amat berbahaya bagi orang-orang Islam kerana ia menolak kepentingan agama dan sistem nilai.Oleh itu para remaja yang memiliki asas ilmu Islam yang baik tidak mempunyai masalah untuk memanfaatkan sumber-sumber dari Barat atau Timur sekiranya para remaja dapat membezakan buruk-baik akan sesuatu dan dapat mengenal sesuatu yang bermanfaat atau sebaliknya.

Teknologi komputer umpamanya adalah sesuatu yang baik untuk di pelajari. Dari sudut perkakasan (hardware) dan teknologinya tidaklah ada masalah bagi remaja mempelajarinya. Tetapi apabila menggunakannya sistem nilai dan kekuatan agama adalah perlu bagi memandu remaja melayari yang baik dan menghindarkan yang tidak berfaedah. Yang memberikan perbezaan dari segi penggunaan ialah sistem nilai dan etika yang dimiliki oleh remaja.

Sekiranya sistem nilai dan etika itu lahir dari penghayatan tradisi Islam, maka para remaja akan memiliki kekuatan serta berupaya memilih dan menyaring sesuatu yang bermanfaat atau sebaliknya.Dalam masa yang sama, remaja harus rasa tercabar untuk meneroka dan menghasilkan perisian yang selari dengan proses pembudayaan dan pemikiran yang sejalan dengan nilai-nilai Islam. Ia adalah proses yang tidak mudah dan menuntut masa yang lama dan panjang kerana sifat teknologi dan maklumat selalunya dinamik dan tidak statik. Ia adalah suatu usaha yang berterusan.

Cara sebegini jugalah yang pernah berlaku di Eropah dalam proses memanfaatkan ilmu-ilmu Islam di kalangan sarjana mereka. Walaupun mereka menguasai bahasa di mana ilmu Islam itu lahir dan tumbuh tetapi sumber ilmu ditatang dengan menggunakan bahasa Latin dan Ibrani dan dewasa dalam kehidupan zaman reformasi dan Renaissance sehingga menjadikan ilmu itu terpisah dengan sistem nilai dimana ilmu itu asalnya subur.

Lama kelamaan ilmu itu menjadi sekular dan berkembang secara liberal tanpa terikat dengan nilai-nilai agama.Remaja Islam harus mempunyai tekad untuk menguasai ilmu-ilmu Islam dengan baik sehingga dewasanya nanti memiliki keahlian dan kepakaran dalam bidang-bidang yang tertentu. Kesediaan dan keterbukaan perlu ada untuk memanfaatkan faedah-faedah berbanding dalam ilmu-ilmu dari sumber dan tamadun lain supaya akhirnya ilmu tersebut berkembang dalam orientasi dan budaya Islam.

Inilah asas-asas integrasi dan Islamisasi yang sedang berlaku supaya ilmu-ilmu yang bermanfaat terbentuk dalam acuan kita sendiri. Darinya umat Islam akan menjadi maju di samping keunggulan ilmu dan tamadunnya sendiri.

Penyuburan ilmu-ilmu Islam seharusnya berlaku supaya ia menjadi teras membangun acuan sendiri yang sifatnya menyumbang dan memperkayakan.

Ibrah dari petikan diatas ialah rajin-rajinlah menuntut ilmu yang asasnya adalah dari tabiat membaca.

Minat membaca boleh dipupuk sejak dari usia remaja lagi.Amalan membaca menjadikan seseorang pandai menghargai masa dan berilmu pengetahuan.

“Membaca Buku Itu Ibadah”

Advertisements

Hati Yang Celik Dan Hati Yang Buta

15 Nov

images-pamandangan

Hati seseorang yang celik, perasaannya tajam
Kerana tajamnya dia sangat halus perasaannya
Halus perasaannya itu kerana rasa bertuhannya sangat tajam
Rasa bertuhannya dia bawa ke mana-mana
Kerana Tuhannya itu ada di mana-mana tapi bukan di sini, bukan di sana
Hati yang celik, hati yang sentiasa jaga
Tuhan sentiasa di dalam ingatannya
Kalaupun ada lalainya sedikit sahaja
Apabila rasa bertuhannya tajam di dalam hatinya
Dia sentiasa malu membuat dosa
Sangat sensitif dengan kebaikan
Kebesaran Tuhan dapat dirasa setiap masa
Kehebatan-Nya menjadikan kecut dan takut hatinya
Kuasa Tuhan menggerunkannya
Dia sedar kuasa Tuhan tidak ada batasnya
Kerana Tuhan boleh membuat apa sahaja kepadanya bila-bila masa
Hati yang celik terasa dilihat oleh Tuhan di mana sahaja
Pada Tuhan tidak ada apa yang melindungi-Nya
Sentiasa terasa didengar, sentiasa diketahui oleh-Nya di setiap detik dan masa
Hati yang jaga sentiasa khudhuk dan khusyuk kepada Tuhannya
Menjadikan tawadhuk, hingga kebesaran dan kesombongan diri hilang lenyap dibuatnya
Hati yang hidup apabila membuat dosa derita jiwanya
Dia pun menyesal dan bertaubat kepada Tuhannya dengan segera
Hati yang celik sangat tersentuh apabila Tuhan disebut nama-Nya
Gerun hatinya, kecut perutnya
Apabila melihat orang susah rasa simpatinya
Sedih pun tiba, bantuan pun diberi kepadanya
Sangat berkasih sayang sesama manusia
Apatah lagi yang Muslimnya
Hati yang hidup Akhirat sentiasa di dalam ingatannya
Dia susah hati bagaimana nasibnya di sana
Apakah dia ke Syurga atau ke Neraka
Menjadikan hatinya hilang rasa cintakan dunia
Kerana itulah dia pun mengorbankan harta dan kesenangannya untuk Tuhannya
Begitulah sifat hati yang hidup atau yang jaga
Apakah hati kita jaga atau buta?
Jawapannya ada pada kita

Hasil Nukilan :Ustaz As-Shaari

Adakah Anda Ingin Berkongsi Sesuatu

15 Nov

images-8

Hidup manusia tidak terlepas dari pelbagai konflik.Jadi konflik itu perlu dileraikan dengan cara yang berhikmah antaranya meluahkan pada seseorang yang boleh dipercayai.Jika anda berasa……………….

  1. Kesunyian
  2. Tiada halatuju hidup
  3. Stress dengan kerja & belajar
  4. Tiada motivasi diri
  5. Kewangan
  6. Konflik dengan rakan
  7. Jiwa yang resah
  8. Tiada tempat untuk berkongsi masalah
  9. Tekanan dan tidak tahu kemahiran belajar
  10. Ingin mengenali personaliti diri dan orang disekeliling anda
  11. Tidak tahu hala tuju pendidikan dan kerjaya yang sesuai dengan diri
  12. Ingin berhenti merokok
  13. Konflik cinta

*Saya akan membantu saudara/i .Insyaallah…………………………..

Pengenalan kepada aromaterapi

12 Nov

images-13Haruman bunga dapat memberi ketenangan jika dihidu setiap pagi sebelum seseorang pergi bekerja atau melakukan sesuatu urusan.Jadi,ia adalah ilmu yang menggandingkan pengetahuan seni purba dengan pengetahuan sains yang dapat membantu anda mendapatkan kebaikan semula jadi sepanjang hayat.

Aromaterapi ialah suatu bidang melibatkan penggunaan pati organik yang diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan.Ia dikenali sebagai minyak pati (essential oil) untuk kegunaan rawatan pelbagai keadaan kesihatan dan memelihara vitaliti. Kajian-kajian sains sentiasa akan terus membuktikan bahawa minyak-minyak pati yang telah dikenali sejak beribu-ribu tahun sememangnya mengandungi sifat merawat terhadap fizikal dan emosi. Ia dikenali sebagai antara ekstrak botanikal yang paling baik dengan sifat terapeutik serta sifat pemuliharaan dan rawatan dengan penyerapan melalui kulit atau kaedah menghidu (inhalasi) menggunakan sistem olfaktori.


GAYA HIDUP


Setiap bahan ubatan termasuk minyak-minyak pati hanya bertindak secara cekap sekiranya sistem organ tubuh anda berfungsi secara optima. Gaya hidup yang baik adalah amat penting sama ada ketika anda sihat atau mengalami penyakit-penyakit tertentu.


Sesuaikan makanan anda dengan metabolisme anda dan elakkan makan secara mewah atau berlebihan Untuk sentiasa sihat, adalah suatu langkah bijak sekiranya anda tidak merokok, minum arak selain mengurangkan pengambilan gula dan makanan berkarbohidrat serta makanan terproses. Minum air lebih daripada 1 setengah liter sehari. Kurangkan minum kopi dan teh terutama yang beraditif kerana kedua-duanya menjadi punca stres. Minum teh hijau atau teh-teh herba seperti pegaga, daun jambu batu, daun limau purut, serai dan daun pandan wangi tanpa gula. Elakkan makanan bermajerin dan minyak iklim sederhana (kecuali minyak zaitun) kerana ia mengandungi trans-fat yang menjadi punca penyakit-penyakit degeneratif. Minyak yang baik ialah minyak kelapa, minyak selaput beras dan minyak kelapa sawit. Manakala lepa susu (butter) dan minyak sapi adalah lebih baik daripada marjerin.


Lakukan senaman sekurang-kurangnya berjalan setengah hingga 2 jam sehari, 3 kali seminggu. Lakukan hubungan suami isteri dengan pasangan sah anda dengan kerap. Amalkan sikap berbaik sangka. Perbaiki akhlak secara keseluruhan dan hubungan dengan dengan TUHAN. Sayangi alam sekeliling dengan tidak mencemarkannya. Urus stres dengan baik dan bijak. Gunakan barang-barang kosmetik bersumberkan bahan-bahan semula jadi seboleh mungkin. Sokong usaha-usaha mengekalkan kehijauan untuk kesejahteraan semua.


Kesihatan berpanjangan memerlukan usaha yang dilakukan secara beransur-ansur. Sesuatu yang sentiasa diamalkan secara berterusan akan menjadi kebiasaan kepada anda serta perlu mendapatkan nasihat dan perhatian doktor sekiranya anda mempunyai keadaan-keadaan kesihatan serius seperti penyakit berjangkit, barah, dan penyakit-penyakit serius yang lain. Sesetengah daripada penyakit serius boleh dibantu oleh herba dan nutrisi dengan jayanya sama ada digunakan secara komplementari atau secara bersendirian. Aromaterapi pula boleh membantu meredakan stres yang anda alami.


MINYAK-MINYAK PATI (ESSENTIAL OIL)


Minyak-minyak pati tulen berasal daripada titisan-titisan seni yang terdapat dalam kelenjar-kelenjar, bulu-bulu berkelenjar, takungan (sacs) dan vena yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan termasuk daun, pucuk, bunga, buah, pelepah, kulit, kulit bahagian dalam (innerbark), rhizome dan teras batang. Ia menghasilkan bau-bauan atau haruman unik sebagai sebahagian daripada tanda pengenalan tumbuh-tumbuhan.Sesetengah minyak pati didapati daripada daun dan pelepah seperti serai wangi atau serai. Jerangau pula diperoleh daripada rhizome.

Pengalaman Mengajar Di Sek Men Agama

12 Nov

images-ustazah

16 Januari 2006 merupakan hari pertama ana mendaftar diri di sekolah Men Agama Al-Khairiah Mersing,Johor.Pelbagai perasaan yang ana alami semasa hari pertama bekerja di situ.Alhamdulillah ana diterima bekerja di madrasah tersebut sebagai guru.Masyarakat mula memanggil ana dengan gelaran ustaz yang sebelum ini tidak pernah ana fikirkan disebabkan mengajar di madrasah berkenaan.kadang-kadang nak ketawa pun ada kerana setiap kali pergi kursus dibawah kementerian pendidikan ana sering dipanggil dengan gelaran ustaz.Bertuah tau orang panggil dengan gelaran tu.Hanya yang mengajar madrasah je yang dapat gelaran tu.Kalau mengajar sekolah biasa masyarakat panggil guru je.Kiranya martabat ana ni tinggi skit .he.he.he.Jangan marah nanti kena jual.

Teringat ana pesanan dari Al-quran iaitu ” Allah akan meninggikan darjat dikalangan kamu yang mempunyai ilmu dan beriman beberapa darjat”. bertuah tau Allah beri darjat yang tinggi kat seseorang insan berbanding anugerah yang manusia biasa bagi.Mengajar madrasah ini begitu banyak cabaran dan dugaan ayang ana perlu tempuh.Ini semua menguji kesabaran ana sebagai pendidik.Tak mengapa yang penting kena ingat Allah selalu agar dipermudahkan setiap urusan.Banyak juga tugasan yang perlu dilakukan di sekolah ini.Kalau nak dibandingkan dengan sekolah lain tak tahu nak kata.Ana di sana ditugaskan menjadi warden asrama, guru tingkatan 1,pentaksir kerja kursus khb dan sains, jurulatih badminton dan bola tampar pelajar wanita( jangan gelak dah le), kaunselor sekolah,guru penasihat kelab (khb,kaunseling,kembara,lanskap,ansar).Best juga sebab buat banyak kerja .Ana tak suka buat kerja yang sama setiap masa sebab personaliti ana ni tak suka dikongkong. Orang Bujanglah katakan .he.he.he.

bersambung………………..