Pengenalan kepada aromaterapi

12 Nov

images-13Haruman bunga dapat memberi ketenangan jika dihidu setiap pagi sebelum seseorang pergi bekerja atau melakukan sesuatu urusan.Jadi,ia adalah ilmu yang menggandingkan pengetahuan seni purba dengan pengetahuan sains yang dapat membantu anda mendapatkan kebaikan semula jadi sepanjang hayat.

Aromaterapi ialah suatu bidang melibatkan penggunaan pati organik yang diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan.Ia dikenali sebagai minyak pati (essential oil) untuk kegunaan rawatan pelbagai keadaan kesihatan dan memelihara vitaliti. Kajian-kajian sains sentiasa akan terus membuktikan bahawa minyak-minyak pati yang telah dikenali sejak beribu-ribu tahun sememangnya mengandungi sifat merawat terhadap fizikal dan emosi. Ia dikenali sebagai antara ekstrak botanikal yang paling baik dengan sifat terapeutik serta sifat pemuliharaan dan rawatan dengan penyerapan melalui kulit atau kaedah menghidu (inhalasi) menggunakan sistem olfaktori.


GAYA HIDUP


Setiap bahan ubatan termasuk minyak-minyak pati hanya bertindak secara cekap sekiranya sistem organ tubuh anda berfungsi secara optima. Gaya hidup yang baik adalah amat penting sama ada ketika anda sihat atau mengalami penyakit-penyakit tertentu.


Sesuaikan makanan anda dengan metabolisme anda dan elakkan makan secara mewah atau berlebihan Untuk sentiasa sihat, adalah suatu langkah bijak sekiranya anda tidak merokok, minum arak selain mengurangkan pengambilan gula dan makanan berkarbohidrat serta makanan terproses. Minum air lebih daripada 1 setengah liter sehari. Kurangkan minum kopi dan teh terutama yang beraditif kerana kedua-duanya menjadi punca stres. Minum teh hijau atau teh-teh herba seperti pegaga, daun jambu batu, daun limau purut, serai dan daun pandan wangi tanpa gula. Elakkan makanan bermajerin dan minyak iklim sederhana (kecuali minyak zaitun) kerana ia mengandungi trans-fat yang menjadi punca penyakit-penyakit degeneratif. Minyak yang baik ialah minyak kelapa, minyak selaput beras dan minyak kelapa sawit. Manakala lepa susu (butter) dan minyak sapi adalah lebih baik daripada marjerin.


Lakukan senaman sekurang-kurangnya berjalan setengah hingga 2 jam sehari, 3 kali seminggu. Lakukan hubungan suami isteri dengan pasangan sah anda dengan kerap. Amalkan sikap berbaik sangka. Perbaiki akhlak secara keseluruhan dan hubungan dengan dengan TUHAN. Sayangi alam sekeliling dengan tidak mencemarkannya. Urus stres dengan baik dan bijak. Gunakan barang-barang kosmetik bersumberkan bahan-bahan semula jadi seboleh mungkin. Sokong usaha-usaha mengekalkan kehijauan untuk kesejahteraan semua.


Kesihatan berpanjangan memerlukan usaha yang dilakukan secara beransur-ansur. Sesuatu yang sentiasa diamalkan secara berterusan akan menjadi kebiasaan kepada anda serta perlu mendapatkan nasihat dan perhatian doktor sekiranya anda mempunyai keadaan-keadaan kesihatan serius seperti penyakit berjangkit, barah, dan penyakit-penyakit serius yang lain. Sesetengah daripada penyakit serius boleh dibantu oleh herba dan nutrisi dengan jayanya sama ada digunakan secara komplementari atau secara bersendirian. Aromaterapi pula boleh membantu meredakan stres yang anda alami.


MINYAK-MINYAK PATI (ESSENTIAL OIL)


Minyak-minyak pati tulen berasal daripada titisan-titisan seni yang terdapat dalam kelenjar-kelenjar, bulu-bulu berkelenjar, takungan (sacs) dan vena yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan termasuk daun, pucuk, bunga, buah, pelepah, kulit, kulit bahagian dalam (innerbark), rhizome dan teras batang. Ia menghasilkan bau-bauan atau haruman unik sebagai sebahagian daripada tanda pengenalan tumbuh-tumbuhan.Sesetengah minyak pati didapati daripada daun dan pelepah seperti serai wangi atau serai. Jerangau pula diperoleh daripada rhizome.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: