Archive | December, 2009

APA HEBATNYA AGAMA LAIN SELAIN ISLAM.’ – BACALAH WAHAI SAHABAT…

27 Dec

Renung2kanlah,

‘Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau… Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikutboyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini..

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita.. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad… Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2.. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad.Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal …. Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,

‘Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.’

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad.. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..

Butir asal permohonan…. …..

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina
Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28
November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.

Sebab yang dia beri, ‘Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.’

Perenggan 23: ‘Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggarhak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik’.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara’ dengan undang-undang sivil, undang-undang syara’ akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi….. semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: ‘Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara’.


Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap,didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu..

Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia… 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullahditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!!Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak.. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. ‘Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.’ Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan.. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ‘ Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini..’ Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini.Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu.. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama.. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,’Allah hu Ahad’… Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata ‘Allah hu Ahad’. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah
saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.
Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka
bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan ‘Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak’. Sahabat bertanya ‘Apakah fitnah besar
itu ya Rasullullah? ‘ ‘
Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.’ Sahabat bertanya lagi. ‘Mengapa begitu ya Rasullullah? ‘ Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia’..

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, ‘Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.’ Mana nampak?
Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak
nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya ‘International Jew’ (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar…
Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: ‘Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka
tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.’

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492,kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melakatumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh … semuanya satu demi satu..

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah ‘garam dan ragi’. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai.  maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya
kehidupan kita bukan cara Islam lagi
. Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan.
Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini.Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi’. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam.. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal,menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragiyang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi
, justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. ‘Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak… Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John’s Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka.. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali,
email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja.. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini.
Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

#kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan
email ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah
kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari
jalan yang betul..

Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat
kepada Allah.

Advertisements

Armada Hijrah

23 Dec

(Kalimah hijrah, seperti juga lain-lain kalimah yang penting dalam Islam, kerap disalah tafsirkan. Mendengar pelbagai bentuk dan nada perbualan antara juruhebah radio dengan pendengarnya semasa memandu pagi tadi (topiknya: Hijrah) menggerak rasa hati untuk menulis sesuatu tentang hijrah yang suci ini.

Sedih, apabila hijrah dikaitkan dengan perkara-perkara “kecil” yang begitu pinggiran sifatnya. Namun, saya berlapang dada… hakikatnya itulah nasib Islam, agama yang paling banyak disalah tafsirkan bukan hanya oleh bukan Islam tetapi oleh orang Islam sendiri.  Dan saya juga pernah tersasar memahaminya.

Justeru, saya rasa terpanggil untuk berkongsi mengenai hijrah. Jika salah, mohon diperbetulkan. Jika benar, alhamdulillah mohon difahami, dihayati dan sama-sama diperjuangkan.)

ARMADA HIJRAH

Hijrah adalah kalimah yang sinonim dengan iman dan jihad. Allah berfirman;
“Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwa mereka, lebih besar derajatnya disisi Allah. Dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Tuhan menggembirakan mereka dengan rahmat dan keredaan-Nya dan syurga-syurga, mereka memperoleh di dalamnya kesenangan yang abadi, mereka kekal di dalamnya. Sesungguhnya Allah pada sisi-Nya pahala yang besar.” (At-Taubah:20-22)

Ketiga-tiganya tidak boleh dipisahkan sama sekali. Tegasnya, hijrah itu dilaksanakan atas dorongan iman dan berjihad di jalan Allah. Dan ketiga-tiganya menuntut pengorbanan yang besar dari segi harta (masa dan tenaga) serta jiwa. Tidak ada hijrah tanpa pengorbanan. Dan pengorbanan itu bukan untuk kepentingan diri dan orang lain, tetapi semata-mata untuk mendapat rahmat dan keredaan Allah.

Ironinya, kita sering mendengar ungkapan seperti:
“Kita mesti hijrah menuju kejayaan.”
“Bangunkan ekonomi kita dengan semangat hijrah.”

Ya, benar kita perlukan kecemerlangan dalam bidang ekonomi, politik, pendidikan dan lain-lain, namun usaha itu sama sekali tidak boleh disifatkan sebagai hijrah sekiranya faktor iman dan Islam tidak dijadikan dorongan, penentu, pemantau dan panduan dalam mencapainya. Tanpa iman dan Islam menjadi niat dan jalannya maka apakah bezanya pencapaian kita dengan individu, masyarakat dan negara-negara bukan Islam? Mereka menjadi kaya, maju dan kuat tanpa menjadikan akidah, syariat dan akhlak sebagai landasan.

Hijrah tidak boleh dikaitkan berpindah daripada suasana miskin kepada kaya semata-mata. Ini kerana seorang sahabat Rasulullah SAW – Suhaib Ar Rumi RA bertukar daripada kaya kepada miskin akibat berhijrah. Ibnu Hisyam meriwayatkan bahwa ketika Suhaib (RA) berusaha hijrah, kafir Quraisy berkata kepadanya, “Ketika dulu kamu datang kemari, kamu sangat miskin dan tak dipandang sebelah mata. Kini kamu kaya raya. Kami tidak akan relakan kamu pergi membawa kekayaanmu.” Suhaib (RA) menjawab, “Jika kuberikan semua kekayaanku kepada kalian, akankah kalian relakan aku pergi?”. Kafir Quraisy menyetujuinya.

Suhaib (RA) menyerahkan semua hartanya kepada mereka dan berhijrahlah ke Madinah. Mengetahui hal ini Rasulullah (SAW) berkata, “Suhaib telah melakukan pertukaran yang menguntungkan dirinya. Sungguh, Suhaib benar-benar telah melakukan pertukaran yang menguntungkan dirinya.” Bukan beliau sahaja yang berbuat demikian tetapi itulah jua nasib yang menimpa hartawan-hartawan Islam seperti Abu Bakar Assiddiq, Uthman ibn Affan, Abdul Rahman bin Auf dan lain yang kebanyakannya tinggal sehelai sepinggang apabila seluruh aset dan premis perniagaan mereka terpaksa ditinggalkan di Makkah apabila mereka berhijrah ke Madinah.

Hijrah juga tidak boleh dikaitkan dengan perjuangan meninggikan status sosial. Ini kerana Mus’ab bin Umair RA – seorang lelaki bangsawan yang ternama, bertukar menjadi mujahid yang akhirnya mati syahid dalam keadaan tidak cukup kain kafan untuk menutup jenazahnya. Lihatlah betapa ramainya orang-orang besar Quraisy yang memeluk Islam rela membuang status sosialnya apabila mereka rela makan minum, tidur baring dan hidup bersaudara dengan golongan bawahan yang dulunya adalah kaum pendatang dan hamba abdi.

Hijrah memang bererti perpindahan, tetapi bukan semua perpindahan boleh disifatkan sebagai hijrah. Hanya perpindahan atau perubahan yang diniatkan kerana iman dan Islam sahaja layak dinamakan hijrah. Ini diterangkan oleh hadis berikut:
“Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :’ Hanya sanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanya sanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barang siapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barang siapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehnya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah keranany.”’

TITIK PERALIHAN MENUJU KEMENANGAN

Hijrah walaupun dilihat pada mata kasar seolah-olah berundur, tetapi sebenarnya tidak. Ia adalah langkah berundur untuk melonjak lebih jauh. Pelaksanaan Islam selepas hijrah menjadi lebih syumul – daripada soal menegakkan akidah, syariat serta akhlak di peringkat diri dan keluarga kepada pelaksanaan sistem pemerintahan, pendidikan, ekonomi, pertanian dan lain-lain lagi di peringkat masyarakat dan negara.
Justeru, hijrah adalah syarat untuk mendapat kemenangan. Tanpa hijrah umat Islam akan kalah. Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:
“Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwa mereka, lebih besar derajatnya disisi Allah. Dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.”

Islam telah diperjuangkan di peringkat yang lebih global dan holistik hanya selepas Rasulullah SAW berhijrah. Dan sejak itu jugalah posisi Islam yang mulanya berada di bawah (ditindas) mula beralih ke atas (memayungi dan menaungi). Atas dasar itulah, Sayidina Umar RA memilih hijrah sebagai detik bermulanya kalendar Islam. Ia telah dipilih sebagai mercu tanda bermulanya kemenangan Islam. Agar dengan itu setiap kali menyambut tahun baru Islam umat Islam akan mengimbau detik kemenangan itu sebagai aspirasi mencipta kemenangan baru!

Hijrah digerakkan oleh pemikiran strategik, rohani yang bersih, persiapan fizikal dan material yang ampuh, emosi yang tenteram dengan bantuan Allah menerusi tentera-tentera-Nya yang di langit dan di bumi. Ia bukan sahaja perjalanan merentasi Makkah dan Madinah tetapi hakikatnya merentasi sejarah. Ia adalah satu kebangkitan yang merentasi masa dan ruang (time and space) generasi semasa dan sesudahnya.

DETIK YANG MENENTUKAN

Mari sejenak kita telusuri detik yang menentukan dalam sejarah Islam itu menerusi sajak ini:

HIJRAH KEKASIH
Kesetian Abu Bakar teman sepanjang jalan
Keberanian Ali menggamit maut di hujung selimut
Ketabahan Asma’ serikandi perancang bekal musafir
Setia, berani dan tabah terserlah
Di hijrah Rasulullah… menuju Allah
ke kota Madinah

Di gua Thur jejaring lelabah mengukir keliru
Merpatipun bersarang rendah menghibur gundah
Bisa ular di kaki Abu Bakar menjadi penawar
Angin malam dan ribut pasirpun reda seketika
Tentera Tuhan… akur setia
Suara alam…. sunyi seketika
pada dua kekasih-Nya di dalam gua

Di Madinah suara rindu syahdu mendayu
Hari syukur, tafakur atas nikmat dan rahmat
Marhaban… marhaban… marhaban
meriah kedengaran
Al Qaswa dibiarkan memilih persinggahan
di depan rumah Abu Ayub akhirnya…
bertamulah keberkatan

Dibena masjid telapak semadi ketulusan hati
dengan Ilahi…
sesama insani…
Muhajirin dan Ansar dipersaudarakan
Aus dan Khazraj diserasikan
Perisai ummah benteng kekuatan

Itulah keindahan sebuah hijrah
Yang bertintakan kesusahan…
berdakwatkan ketabahan
Itulah hijrah kekasih Allah
Berasaskan iman bertunjangkan ukhwah
Menara Islam terjulang…
di Madinah Munawwarah!

Di tahap pertama perjuangannya (di Makkah) Baginda terlebih dahulu membina kekuatan iman dan takwa dalam diri pengikutnya. Di peringkat ini fokus Baginda hanyalah pada pembinaan kekuatan dalaman. Ketika ini walaupun ada serangan dalam bentuk fizikal hingga ke peringkat membunuh, Rasulullah tidak melawan walaupun ada sahabatnya yang terkorban.

Untuk meredakan penyeksaan yang ditanggung oleh sahabat-sahabatnya, Baginda mengarahkan beberapa orang sahabatnya hijrah ke Habsyah dan beberapa tahun kemudian Baginda sendiri hijrah ke Madinah. Pada peringkat awal di kota Madinah baginda memulakan beberapa langkah penting dan besar di tahap kedua.

Untuk pengukuhan ilmu, iman dan amal secara berterusan di binanya masjid – pusat pembinaan kekuatan rohaniah. Untuk kekuatan ukhwah, dipersaudarakannya golongan Muhajirin dan Ansar. Untuk menyatukan seluruh penduduk Madinah (yang Islam dan bukan Islam) dimetrainya Piagam Madinah – yang menjamin keamanan dan sistem pertahanan bersama. Kekuatan ekonomi mula dibina dan sistem hidup yang memerlukan pelbagai kepakaran mula diterokai – pasar, kebun, sistem perparitan dan kebersihan kota mula dilaksanakan.

Tiga atau empat tahun kemudian, apabila kekuatan Islam mula terserlah dan musuh terus mencabar, barulah Rasululah mengangkat senjata dan berlakulah beberapa siri peperangan yang bersifat defensif. Mula-mula Badar, kemudian Uhud dan akhirnya Khandak. Keberanian dan kepakaran dalam bidang ketenteraan tidak menggangu kecintaan Rasulullah s.a.w. kepada perdamaian. Lalu berlakulah perjanjian Hudaibiyah.

Rasululah s.a.w. berani berperang dan berani berdamai dan dalam kedua-dua keadaan tersulam satu kebijaksanaan, kejujuran dan kekuatan yang sukar ditandingi. Dan akhirnya, dengan hati yang bertakwa, pemikiran yang strategi dan persediaan fizikal yang mantap, Makkah berjaya dibebaskan dan Islam tersebar di seluruh Jaziratul Arab.

Itulah langkah-langkah yang produktif dan konstruktif sebaik berlakunya peristiwa hijrah. Hijrah merupakan satu tahap berlakunya “turing point” (titik peralihan) dan “turning over” (titik perubahan) dalam perjuangan Islam. Hijrah yang telah berlaku hampir 1430 tahun yang lalu itu hakikatnya terus signifikan dan relevan untuk dijadikan asas dan teras dalam pemikiran, pertimbangan, keputusan dan tindakan umat Islam masa kini.

BERSAMA HIJRAH

Maal Hijrah ertinya “bersama hijrah.” Bersama hijrah bukan bermusim dan terhad sifatnya. Sambutan yang dibuat saban tahun tidak akan bermakna sekiranya ibrah dan hikmah di sebalik hijrah tidak terserlah. Ia akan terus menjadi ritual yang tidak membangunkan spiritual umat – sama seperti sambutan Maulid Nabi, Nisfu Sa’aban, Nuzul Quran, Lailatul Qadar dan lain-lain lagi. Bersama hijrah bermaksud mempelajari, memahami, menghayati dan mengamalkan dan memperjuangkan iman dan Islam berdasarkan “resipi” yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

Hijrah yang menjadi tuntutan secara berterusan ialah berpindah atau berubah daripada buruk (jahat) kepada yang baik. Dan ukuran baik atau buruk itu dibuat berdasarkan perspektif iman dan Islam. Bersama hijrah dalam erti kata yang lebih luas ialah sentiasa berubah kepada Islam dan iman yang lebih baik sama ada untuk diri, keluarga, organisasi, masyarakat mahupun negara kita.

Bersama hijrah juga bermaksud sentiasa melakukan perubahan ke arah memperkukuhkan Islam secara istiqamah dan total. Hijrah diri, ialah sejauh mana diri diubah ke arah yang lebih baik dan mantap dari sudut akidah, syariat dan akhlak. Hijrah diri itu perlu diteruskan ke peringkat keluarga, organisasi dan masyarakat.

Manakala hijrah negara pula merangkumi hijrah sistem ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain sistem kehidupan ialah sejauh mana semuanya mampu memperkukuhkan iman dan Islam kita untuk memberi keamanan dan kemakmuran kepada orang Islam dan bukan Islam persis yang dibuat oleh Rasulullah SAW di negara Islam Madinah dahulu.

Untuk melakukan hijrah yang menyeluruh itu, semua pihak mesti berperanan. Kenali watak dan peranan wira-wira hijrah yang mampu dan sesuai untuk diteladani. Pilihlah, sama ada untuk meneladani:
• Kesetiaan dan kemurahan hati Sayidina Abu Bakar (menyediakan keperluan logistik dan teman karib kepada Rasulullah SAW).
• Keberanian dan amanahnya Sayidina Ali (berselimut di tempat tidur Rasulullah SAW dan memulangkan kembali harta orang ;lain yang diamanahkan kepada Rasulullah SAW).
• Kecekapan Asma binti Abu Bakar (menyediakan makanan).
• Sifat murah hati Ummu Maabad (rela kambingnya diperah susu untuk memberi minum dalam perjalanan Rasulullah SAW dan Sayidina Abu Bakar).
• Kesal dan akurnya Suraqah (yang mulanya menentang tetapi akhirnya tunduk dan yakin kepada kemenangan Islam).

ARMADA HIJRAH

Islam kini menagih hijrah justeru nasibnya yang dagang seperti mana ia bermula. Apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW telah benar-benar berlaku. Rasulullah SAW bersabda:
“Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, “Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing”. H.R. Muslim

Jadilah “orang beruntung” yakni orang yang bersiap sedia untuk melakukan hijrah satu langkah “jump start” yang sangat diperlukan masa kini. Perkukuhkanlah iman dan lakukanlah hijrah setiap masa, di mana sahaja dan di posisi mana pun kita berada. Sentiasa ada set minda (“mind set”) hijrah di dalam diri kita yang menyebabkan apa sahaja yang kita fikir, rasa, buat dan laksanakan adalah ke arah Islam dan iman yang lebih baik.

Setiap diri berfikir untuk menghijrahkan hati, akal, nafsu, emosi dan fizikalnya ke arah iman dan Islam. Ibu bapa berfikir bagaimana menghijrahkan keluarganya. Guru-guru bertanggung jawab menghijrahkan sekolah. Imam hijrah dengan anak-anak kariahnya. Pemimpin masyarakat menghijrahkan kampung, mukim, bandar dan daerah. Wakil rakyat di kawasan parlimen masing-masing. Begitu juga dengan ADUN. Tokoh-tokoh korporat, menteri-menteri pula berperanan memimpin armada hijrah yang lebih besar dan luas lagi…

Inilah pra syarat untuk mencapai kejayaan. Bantuan Allah akan sentiasa bersama kita jika kita bersama hijrah. Maha Hebat Allah yang menjadi sesarang lelabah dan merpati yang zahirnya begitu lemah untuk melindungi dua orang kekasihnya di gua Thur… Namun di situlah kehebatan kuasa Allah yang pernah menjadikan air untuk menewaskan Firaun dan bala tenteranya, nyamuk untuk membunuh Namrud, burung dan batu kecil ketika memusnahkan tentera bergajah Abrahah.

Dan untuk kita umat Islam akhir zaman, pasti ada bantuan yang sama, dengan syarat kita berhijrah dengan tenaga, harta, masa dan jiwa. Hijrah atau kalah, yang mana satu pilihan kita?

Demi Cinta

23 Dec

Oleh :

Pahrol Mohd Juoi

DEMI CINTA!

Hidup terlalu singkat untuk membenci. Memaafkan pasangan hidup kita seperti memaafkan diri sendiri! Kesalahannya yang besar sekalipun wajar dimaafkan apatah lagi yang sengaja diperbesar-besarkan oleh kita sendiri.

Tirulah sifat Al A’ffu (Maha Pemberi Maaf)  Allah SWT… yang terus-terusan memaafkan kesalahan hamba-Nya selagi kitam sudi bertaubat. Hanya dosa syirik, selain itu… pengampunan Allah tidak bertepi dan “bertapi” lagi.

Jadi siapakah kita yang tidak mahu memaafkan kesalahan suami atau isteri kita? Kita hanya manusia yang turut berdosa… Apakah kita terlalu suci untuk tidak memaafkan dosa orang lain? Sesungguhnya, manusia lain berhak mendapat kemaafan sesama manusia. Dan manusia yang paling berhak mendapatkan kemaafan itu tidak lain tidak bukan ialah isteri atau suami kita.

Kerana cinta Allah terus sudi memaafkan, dan kerana cinta jugalah kita seharusnya sudi memaafkan kesalahan pasangan kita hanya kerana mengharapkan kemaafan Allah. Ingatlah, kita mencintai mereka bukan kerana mereka mencintai kita, tetapi kerana perintah Allah agar mencintai mereka!

Katakan kepada diri, betapa sukar sekalipun, kau wajib memaafkan. Memang kadangkala ada tingkah lakunya, tutur katanya atau sikapnya yang terlalu menyakitkan hati… Ditahan-tahan rasa, ditutup-tutup mata, dipujuk-pujuk jiwa, tetapi kesalahan itu terbayang dan terkenang jua. Hendak melupakan? Ah, jauh sekali. Sekadar memaafkan pun begitu berat terasa di hati.

Bila datang perasaan semacam itu di hati mu… sedarlah ketika itu Allah menguji cinta mu! Allah bukan sahaja menguji cinta mu kepadanya, tetapi menguji cinta mu kepada-NYA.. Pada ketika itu terujilah cinta kita, apakah benar-benar cinta kerana Allah atau cinta hanya mengikut perasaan atau cinta nafsu? Memang, orang yang paling dapat membuat diri mu marah ialah orang yang paling kau cintai. Jadi bila kita diuji begini katakan pada diri… Oh, Tuhan Kau sedang mengajarku erti cinta dan sabar. 
Jika benar cintakan dia kerana cintakan DIA (Allah), maka mudahlah kita mengorbankan perasaan marah. Justeru sesungguhnya cinta itu sentiasa mengatasi dan mendahului rasa marah.
Jika cinta kalah oleh marah, itu menunjukkan cinta kita belum benar-benar cinta! Kita bukan cintakannya, tetapi hanya cintakan diri kita sendiri.

Kemaafan itu akan memberi ketenangan bukan sahaja untuk isteri atau suami mu tetapi buat hati mu sendiri. Percayalah, kebencian dan kemarahan kita terhadap seseorang (lebih-lebih lagi kepada orang yang kita cintai) adalah lebih menyeksa diri sendiri berbanding dia yang kita marahkan. Kemarahan seumpama ‘bom jangka’ yang menunggu saat untuk meledak di dalam diri kita. Ia boleh menjelma menjadi satu penyakit cinta yang sangat menyakitkan. Nama penyakit itu ialah “benci tapi rindu”.

Sekali lagi, untuk mendapat ketenangan dalam hidup… berilah kemaafan. Kata ahli psikologi, bila kita memaafkan barulah kita ‘bebas’ dari belenggu individu, peristiwa dan keadaan yang kita marahkan itu. Selagi belum memaafkan, selagi itulah apa yang kita marahkan sentiasa melekat pada diri dan hati kita. Kemarahan itu adalah “api” dalam hati kita. Ia panas dan membahang dalam diri. Manakala kemaafan umpama salju dingin yang akan memadamkannya.

Justeru, memaafkan pasangan adalah tradisi atau “life style” orang-orang yang soleh. Sayidina Umar memaafkan isteri yang meleterinya. Sayidina Ali pernah memaafkan Siti Fatimah yang pernah mengguris perasaannya. Kita tentu ingin meneladani mereka bukan? Bermulalah dengan sesuatu yang mudah, maafkan orang yang hampir dengan kita. Siapa lagi, kalau bukan isteri atau suami?

Islam menuntut kita memaafkan musuh kita sekalipun… Apatah lagi memaafkan isteri atau suami sendiri. Ingat, kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Bahagia itu bukan dengan mendapat, tetapi dengan memberi. Bukan hanya memberi keperluan fizikal dan material tetapi keperluan jiwa dan emosi, itulah kemaafan. Dan hakikatnya suami atau isteri kita lebih berhak untuk mendapat kemaafan itu sebelum kita memaafkan orang lain!

Anehnya kita sukar memaafkan orang yang masih hidup. Kita lebih mudah memaafkan orang yang telah mati. Sedangkan kemaafan itu penting untuk orang yang nasuh hidup, bukan untuk orang yang telah mati. Bayangkan, isteri atau suami kita tiba-tiba sahaja meninggal dunia dan kita tidak sempat memaafkannya, tenangkah hati kita ketika ditinggalkan oleh sidia buat selama-lamanya? Sedangkan masih ada yang “tidak selesai” antara hati-hati kita berdua?

Atau kita sendiri yang tiba-tiba meninggal dunia, bolehkah kita kembali dengan tenang sebelum memberi kemaafan kepada orang lain? Jangan bertangguh lagi, maafkanlah, kerana tanpa kemaafan itu kita akan diburu rasa bersalah sepanjang hayat sekiranya salah seorang kita pergi menghadap Ilahi dahulu.

Percayalah! Saya pernah mendengar cerita betapa ada seorang suami yang kematian isteri, yang hingga kini masih terseksa jiwanya akibat tidak memaafkan isterinya yang tiba-tiba mati dalam satu kemalangan yang tidak disangka-sangkanya. Mintalah kemaafan, dan berilah kemaafan, jika benar kita sedari mati itu datang tiba-tiba!

Telah berapa kali saya ulangi bahawa jika kita tidak maafkan orang lain, samalah dengan  tidak memaafkan diri sendiri. Hati kita akan lebih menderita kerana itu. Telah terbukti ramai penghuni rumah sakit jiwa adalah terdiri daripada mereka yang bakhil… Bakhil kerana harta? Bukan! Tetapi terlalu bakhil untuk memberi satu kemaafan. Jangan lokek untuk memberi maaf, jika tidak, hidup kita akan sentiasa diselubungi stres, murung dan resah walaupun mungkin tidak sampai dihantar ke rumah sakit jiwa.

Kekusutan fikiran bukan disebabkan oleh sakit urat saraf tetapi kerana emosi kehampaan, kekecewaan, kekhuatiran, kerisauan dan ketakutan akibat benci dan marahkan sesuatu, seseorang atau keadaan. Penyakit ini tidak dapat diubati oleh sebarang pil, antibodi ataupun vaksin… tetapi hanya oleh tindakan memaafkan orang lain. Memberi maaf itu adalah terapi dan penawar jiwa yang lara.

Seorang ahli falsafah, Plato pernah berkata,“kesalahan ahli perubatan ialah cuba mengubat tubuh badan tanpa mengubat fikiran. Sedangkan fikiran dan jasad adalah satu dan tidak harus dirawat berasingan.” Insya-Allah, sekiranya penyakit jiwa dan fikiran diubati terlebih dahulu maka penyakit lahiriah akan dapat diubati dengan mudah. Siapa doktornya? Bukankah diri kita sendiri? Apakah ubatnya? Ya, sikap pemaaf.

Justeru antara adab tidur yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk diamalkan oleh kita ialah memaafkan kesalahan orang lain. Setelah membaca “4 Qul”, doa tidur dan zikir-zikir yang lain, kita diminta memaafkan semua kesalahan orang lain pada hari itu. Dan “orang lain” yang paling dekat dan hampir dengan kita ialah teman tidur di sebelah… siapa lagi kalau bukan isteri atau suami kita.

Maafkanlah kesalahan pasangan kita sebelum episod hari itu berakhir. Jangan simpan dalam “fail” di hati sanubari kita. “Delete” segera sebelum ia bertukar menjadi virus yang akan merosakkan rasa cinta, sayang, kemesraan dan kerinduan antara kita suami isteri. Jangan lagi fikirkan “sepatutnya, dia tidak boleh buat begitu atau begini…” Selagi masih ada fikiran yang semacam itu, maka selagi itulah tidak akan ada rasa ingin memaafkan atau meminta maaf.

Siapa kita yang sepatutnya dilayan, dihormati dan dibelai mengikut jangkaan kita sendiri? Sebenarnya, jangkaan kita dalam satu-satu itulah yang menyebabkan berlakunya keretakan.

“Isteri ku sepatutnya bersikap begini terhadap ku. “

“Suami ku tidak sepatutnya bersikap begitu dengan ku.”

Jangkaan-jangkaan inilah yang menimbulkan kekecewaan apabila ia tidak berlaku seperti yang kita jangkakan. Dan anehnya itulah yang sentiasa berlaku. Kenapa? Jawabnya mudah, dunia dan kehidupan tidak seperti yang kita jangkakan. Oleh itu  jangan menempah sakit jiwa dengan sering menjangkakan sesuatu yang tidak mampu  dan tidak sepatutnya dijangka. Sebaliknya, terima atau jangkalah sesuatu yang tidak dijangkakan!

Justeru, bila berlaku sesuatu yang tidak dijangkakan bersumber dari pasangan kita, maka sikap memaafkan adalah penawar yang paling melegakan. Oh, sepatutnya begitu, tetapi dia begini, tak apalah… aku maafkan. Aku akan terus mengingatkannya, mendidiknya dan mendoakannya. Semua itu kerana aku masih dan terus cintakannya. Bila ada maaf, itu petanda ada cinta. Tiada ungkapan, “tiada maaf bagi mu” selagi ada rasa cinta.

Kekadang ada yang terlalu sukar memaafkan pasangannya. Mereka ini sentiasa kesal, menyesal dan kecewa atas kesalahan, kekurangan dan kelemahan suami atau isterinya. Mereka yang diserang penyakit “benci tapi rindu” ini akan menyeksa diri sendiri. Kekadang isteri dimarahi, diherdik dan dicaci pada siang hari, namun pada malamnya dia akan tidur bersamanya lagi. Rasulullah SAW sangat membenci sikap suami yang begitu.

Mereka yang sukar memaafkan pasangan hidup akan terseksa sepanjang hidup. Hidup dalam kebencian, kesepian, kemurungan dan rasa bosan yang berpanjangan. Bila dekat timbul jemu, bila jauh timbul rindu. Jadi maafkanlah selagi dia menjadi teman hidup mu. Petanda cinta mu akan ke syurga ialah rumah tangga mu di dunia menjadi tenang, damai dan harmoni. Apalagi yang boleh menyumbangkan ke arah itu kalau bukan kemaafan?

Kata ahli psikologi, “Tuhan boleh mengampunkan segala dosa kita, tetapi sistem saraf kita tidak.” Maksudnya, sistem saraf tidak akan bertolak ansur dengan ketegangan dan kerisauan. Dan jauh lebih lama sebelum itu Rasulullah SAW telah mengingatkan, matilah kamu dengan marah mu!

Saudara/i ku, aku yang menulis ini pun masih bermujahadah untuk memaafkan. Lalu di akhir catatan rasa dan gurisan jiwa ini, ku hadiahkan sebuah puisi seadanya. Tentang gelombang rasa dan gejolak jiwa sendiri dalam sebuah episod dalam hidup ku sendiri. Sudi apalah kiranya kau tatapi bersama…

SUKARNYA MEMAAFKAN

Aku benci rasa ini
Walaupun ia bertandang di laman hati
Kenapa kau menjelma semula
Setelah menghilang sekian lama

Kau kah itu yang pernah menghadiahkan
Satu luka berdarah yang menyakitkan
Kenapa perlu ku temui lagi warna pilu
Ketika kau lalu di tepian kalbu

Ah, terasa segalanya terlalu laju
Bila batas-batas masa dikira
Puluhan tahun tidak lama
termanggu aku seketika…
di pinggiran nostalgia
… sukarnya memaafkan
….sukarnya melupakan

Segalanya kini sudah berubah
Sejak ikatan hati itu terungkai
Episod demi episod telah mendewasakan…
Kita semakin matang mentafsirkan!
Kalau benar cintakan Allah…
Hati kita tak kan terpisah

Dan entah kenapa tiba-tiba kini…
Kita dipertemukan  semula
…di persada kemaafan
bila butiran wahyu menyapa
Tuhan semulia itu pun bisa memaafkan
Lalu dendam luruh seluruh…
Walau di awalnya terasa susah sungguh!

(Dinihari Muharam 1417 H)

Isu Kewangan Islam di Dubai : Penjelasan Dipermudah

15 Dec

Sistem kewangan Islam digembar gemburkan seolah-olah akan tergugat oleh kes Sukuk Ijarah di Dubai terbitan Nakheel Development Limited. Sukuk itu bakal berhadapan situasi sukar kemungkinan tidak mampu untuk melaksanakan janjinya membeli semula pegangan sukuk daripada pelabur-pelabur yang mana jumlahnya sekitar USD 3.52 billion di ketika sampai tempoh matang sukuk terbabit pada 14 Disember 2009.

Untuk meredakan keadaan, Nakheel sedang menimbangkan menggunakan tempoh bertenang selama 6 bulan (dari tempoh matang) yang diperuntukan di dalam kontrak untuk mengemaskinikan kedudukan kewangannya agar mampu menunaikan janjinya untuk membeli.

BENTUK SUKUK IJARAH OLEH NAKHEEL LTD

Untuk pengetahuan, Sukuk yang diterbitkan oleh Nakheel Development Ltd adalah berdasarkan kontrak Ijarah (sewa). Ia seperti berikut : –

  • 1)    Nakheel Ltd mempunyai beberapa siri projek pembangunan penempatan (residential) dan juga komersial (perniagaan)
  • 2)    Nakheel Ltd menyerahkan (ownership) pemilikan projek dan hartanah terbabit kepada sebuah syarikat khas (Special Purpose Company – SPC atau SPV) yang ditubuhkannya sendiri bagi tujuan penerbitan sukuk.
  • 3)    SPC kemudiannya menyewakan (ijarah) aset tadi semula kepada Nakheel Ltd dengan nilai sewaan yang telah dimasukkan margin keuntungan, (harga sewaan ini disandarkan kepada formula tertentu – justeru harga sewaan boleh berubah menurut benchmark tertentu)
  • 4)    Hasil dari sewaan itu, SPC menerbitkan Sukuk Ijarah sebagai ‘surat rasmi tanda pemilik (certificate of ownership). Sukuk ini ditawarkan kepada pelabur yang berminat dengan nilai tertentu dan diwarwarkan jangkaan keseluruhan pulangan (hasil dari sewaan dan lian-lain) adalah 6.345 % setahun.
  • 5)    Setiap pelabur yang menyertai sukuk ini akan menerima pendapatan hasil sewaan bulanan yang dibayar oleh Nakheel kepada SPC dan kemudian diserahkan sampai kepada pelabur dalam tempoh-tempoh yang dipersetuji bersama ( contohnya setiap enam bulan sekali bayaran akan dibuat).
  • 6)    Sebagai teknik pemasaran dan credit enhancement, sejak dari awal kontrak, Nakheel telah MEMBERI JANJI (undertaking to purchase) semua sukuk yang dipegang oleh pelabur pada tarikh matang sukuk (iaitu 14 Disember 2009). Ia MESTI DIBUAT kerana semua aset tersebut asalanya adalah dalam pemilikan Nakheel, justeru janji ini dibuat agar mereka dapat kembali memiliki hak milik ke atas aset yang dibangunkan termasuk rumah-rumahnya. Pihak pelabur pula bersetuju dari awal dan lebih mengharapkan projek yang dibangunkan akan berjaya dan mereka merasai sebahagian nikmat keuntungannya.
  • 7)    Namun masalah berbangkit ketika ini kerana pihak Nakheel TIDAK MEMPUNYAI TUNAI yang cukup untuk menunaikan janji pembelian pada tarikh matang, pada minggu hadapan.

KENAPA NAKHEEL TAK CUKUP TUNAI?

Apa yang perlu kita faham, segala pendapatan dan keuntungan dijangka akan diperolehi oleh Nakheel dan dikongsikan kepada para pelaburnya sepatutnya datang dari jualan rumah-rumah terbabit dan juga sewaan beberapa bahagian  aset komersial kepada pelanggan-pelanggannya.

Namun jangkaan ini meleset kerana :

·         Disebabkan oleh credit crisis seluruh dunia, bank-bank besar termasuk yang wujud di Dubai mula menjadi semakin ketat dalam memberikan pinjaman atau pembiayaan kepada pelanggan yang akhirnya mengurangkan jumlah pembeli rumah dan perkembangan bisnes di dubai. Ini membawa kepada keterbengkalaian beberapa projek pembangunan perumahan terbabit.

·         Ditambah pula, sebahagian besar pembeli rumah dalam pembinaan itu terdiri dari jenis pembeli yang membeli untuk melabur (ertinya, membeli untuk dijual semula apabila siap dengan harga lebih tinggi), oleh itu, kebanyakan mereka mewarwarkan kepada penjual, bahawa mereka akan membayar secara tunai. Namun di ketika ini, projek pembangunan rumah itu sendiri sedang hampir terbengkalai dan nilai hartanah pula sedang jatuh, ini menyebabkan pembeli dari kumpulan ini menghadapi kesuakaran, mereka tidak mampu membayar kepada penjual kerana kerana tidak berjaya menjual aset yang dibelinya dengan harga yang dikehendaki.

Akhirnya, semuanya tersangkut.

Justeru, apabila projek perumahan ini  tidak berjaya disempurnakan, jika berjaya sekalipun ia akan dijual , nilai harga rumah di sekitar Dubai telah jatuh agak teruk sekitar 50 % berbanding tahun 2006 iaitu tahun ketika sukuk nakheel ini diterbitkan) 

Hasil dari keadaan itu, pihak penerbit Sukuk Ijarah iaitu Nakheel Development Ltd, kelihatan akan gagal membeli semula pegagan sukuk oleh pelabur dan gagal pula memberikan sebarang pendapatan yang dikehendaki oleh semua pelabur sukuknya apabila sampai tempoh 14 Disember 2009 ini.

BACK UP PLAN MEREKA

Menurut kontrak asal, jika keadaan seperti itu berlaku, sebuah syarikat besar milik kerajaan Dubai iaitu Dubai World, akan bertanggungjawab membelinya dengan harga yang akan diputuskan bersama berdasarkan formula yang telah dipersetujui.

Namun keadaan menjadi semakin mencemaskan, apabila pihak Dubai World sendiri sedang menghadapi krisis kewangan dan dijangka TIDAK MAMPU menepati peranannya sebagai guarantor ( penjamin) sekiranya pihak Nakheel gagal, kerana mereka juga sedang dilanda masalah kewangan ketika ini.

Oleh itu, Nakheel Ltd kelihataan akan gagal apabila sampai tarikh matang Sukuk terbabit, Dubai World juga sedemikian.

APA AKAN JADI KEPADA PELABUR ?

Jika merujuk kepada menurut hukum Islam yang tercatat dalam kontrak, sekiarnaya kedua-dua pihak gagal menuntut semula Sukuk yang dipegang oleh pelabur. Apa yang bakal berlaku adalah, semua aset yang diwakili oleh Sukuk terbabit iaitu tanah kosong dan sebahagian masih dalam proses pembinaan beberapa projek perumahan diatasnya, akan menjadi milik bersama pemegang sukuk (pelabur).

Kemudian mereka berhak untuk melelong atau menjual aset masing-masing kepada mana-mana pihak dengan apa jua harga yang mereka ingini.

Namun keadaan itu menjadi luar biasa kerana ia kelihatan tidak boleh berlaku di Dubai. Pemerintah Dubai tidak akan sekali-kali membiarkan hal itu berlaku dan pengagihan aset itu juga kelihatan amat sukar. Tambahan pula Dubai World merupakan syarikat kerajaan.

Justeru itu, di ketika ini diwartakan, pihak bertanggungjawab sedang berusaha menjual aset-aset yang mereka miliki di luar Negara bagi mendapatkan tunai untuk menyempurnakan pembelian sukuk yang masih dipegang oleh pelabur. Namun sekali lagi mereka menghadapi cabaran besar kerana suasana kewangan dunia yang kurang elok hari ini menyukarkan mereka untuk mencari pembeli, tambahan pula aset-aset mereka berada di bawah harga untung dan nilainya pula adalah besar.

Itulah serba ringkas senario, apa yang berlaku kepada Sukuk Ijarah terbitan Nakheel Ltd.

ADAKAH PELABUR TIDAK DIJAGA ?

Sama ada pelabur dijaga atau tidak, ia bergantung kepada jenis kontrak yang digunakan. Ringkasnya ia seperti berikut :-

  • 1)    Mudarabah dan Mushakarah : Jika kedua-dua kontrak ini digunbakan, secara asasaya pengusaha TIDAK BOLEH SAMA SEKALI menjamin sama ada keselamatan wang modal ataupun sebarang unutng kepada pelabur. Namun demikian , di dalam dunia serba tamakkan wang dan keuntungan dengan risiko minimal ini, para peniaga Islam dalam system kewangan Islam berusaha mendapatkan kelulusan Ulama agar mereka mampu menarik pelabur dengan memperkenalkan beberapa teknik lindung pelbaur dan boleh diiktiraf oleh hokum Islam. Antara cara biasan mereka adalah :-

a-    Janji dari pihak penerbit sukuk untuk membeli semula sukuk dengan hraga yang lebih dari harga modal, bila-bila diketika berlaku masalah atau di hujung tempoh matang. Melalui cara itu, pelabur diharap lebih tertarik. Namun para ulama berkeras cara tersebut adalah haram kerana ia dikira satu janji yang ditolak oleh hokum Islam, sebagai ganti, PENENTUAN HARGA MESTILAH hanya dibuat semasa pembelian akan dilakukan dan tiada sebarang janji dipeirngkat awal. Sukar untuk saya huraikan dengan ringkas apakah beza kedua cara itu, namun cara yang kedua dikira HALAL keran tidak terjebak dalam jualan hutang dengan hutang yang diharamkan.

b-    Janji dari pihak ketiga untuk membeli dengan harga yang fixed atau menurut formula tertentu. Cara ini juga dikritik oleh ulama, sebagai resolusinya, beberapa syarat tambahan diperlukan untuk menawarkannya. Namun perincian sukar diulas di sini disebabkan teknaklitinya.

c-     Membenarkan pelabur menuntut ganti rugi setiap kali pengusaha gagal mencapai target keuntungan yang disasarkan. Tuntutan dibenarkan di atas asas misconduct atau negleigience di pihak pengusaha (pengurus) menyebabkan mereka masih perlu membayar semula semua modal pelabur. Dengan cara itu diharap pihak pelabur lebih merasa selamat untuk melabur dalam instrument pelaburan Islam ini. Walaupun kedua-dua alas an itu dibenarkan secara sepakat ulama, namun untuk menggunakan alasan itu setiap kali gagal mencapai sasaran keuntungan adalah sebuah kontroversi dan mencetus perdebatan di kalangan ulama.

  • 2) Ijarah ( Sewaan)

Jika sukuk itu dibina atas asas  ijarah, maka teknik a dan b di atas akan diguna pakai. Teknik itulah juga yang digunapakai dalam kes Sukuk Nakheel ini. Kesimpulannya, pelabur dijamin dijaga oleh penyedia struktur pelaburan Islam, namun jaminan dan jagaan nya ada had dan limitasi tertentu.

Perlu difahami, Islam bukan hanya menitik beratkan pelabur atau pembeli atau pelanggan semata-mata, Islam juga berlaku adil kepada pengusaha dan penjual. Untuk itu, keseimbangan bagi kedua-dua pihak akan sentiasa di ambil berat dan ditekankan di dalam kontrak.

  • 3) Istisna, Murabahah dan lain-lain berasaskan jual beli

Kebanyakkannya akan menggunakan cara a dan b juga. Cuma ada teknik-teknik lain juga yang kurang sesuai dibentangkan di sini.

SUKUK NAKHEEL DAN KEWANGAN ISLAM

Ia berkait dengan kewangan Islam dan pasti ini memberi kesan kepada imej produk pelaburan kewangan Islam kerana : –

  • Sukuk Nakheel ini dirangka dan diterbitkan menggunakan kontrak dan cara yang menepati hukum Islam. Iaitu Ijarah.
  • Pengesahan Sukuk ini telah dibuat oleh Majlis Penasihat Syariah Dubai Islamic Bank Ltd yang diketuai oleh Syeikh Dr Hussain Hamed Hassan.
  • Sukuk ini begitu popular yang yang terbesar pernah diterbitkan dalam sejarah, ini menyebabkan ia telah dianugerahi sebagai Deal Of The Year oleh Islamic Finance News pada tahun 2006, Ia yang menawarkan jangkaan pulangan sebanyak 6.345 % setiap tahun kepada setiap pelabur untuk tiga tahun tempoh matang sukuk.
  • Permintaan pembelian sukuk ini juga mencatatkan terlebih permintaan (oversubscribe) apabila saiz asalnya USD 2.5billion terpaksa dikembangkan menjadi USD 3.52 billion. Ia menunjukkan sambutan amat memberangsangkan dari para pelabur.
  • Sebagai makluman, pecahan pelabur sukuk ini pula adalah 40 % dari Timur Tengah , 38% dari Eropah, 4 % dari Asia dan 18 % dari pelbagai Negara lain. Justeru, dengan pecahan pelabur dari pelbagai Negara ini, kegagalan Sukuk ini akan memberi kesan kepada pelabur-pelabur utama dalam industriu kewangan Islam dan instrumentnya.

BOLEHKAH DISALAHKAN KEWANGAN ISLAM?

Adakah ini tandanya sistem kontrak Islam itu salah dan gagal?

Jawabnya tidak sama sekali. Kita perlu memahami, kegagalan sesebuah projek pembangunan mega dan pembinaan real estate (hartanah) seperti yang diurustadbir oleh Nakheel boleh ditimpa kegagalan hasil dari pelbagai faktor normal dalam sesebuah bisnes. Majoriti faktor penyumbang datang dari faktor persekitaran bisnes yang kurang elok di ketika ini, sebagai contoh :-

  • a.    Krisis kredit yang dirasai oleh seluruh bank-bank komersial di seluruh dunia. Kesannya, pihak bank sukar meluluskan pinjaman dan pembiayaan yang menyebabkan kemampuan pembeli untuk membeli rumah menjadi rendah dan jatuh. Kesan ini bukan hanya di Dubai tetapi lebih dirasai di Negara-negara membangun di sebelah Barat, khsusnya United Kingdom dan USA.
  • b.    Sekitar 80 peratus dari pembeli rumah dan aset di Dubai adalah terdiri dari kalangan pelabur-pelabur juga, mereka membeli rumah dan aset yang dalam pembinaan untuk dijual dan bukan untuk diduduki. Kebanyakan mereka ini tidak membeli melalui bank, dan sebahagian mereka tidak mempunyai tunai yang mencukupi. Apabila harga pasaran hartanah dan rumah jatuh, kumpulan ini tersangkut dari membuat pembayaran kepada Nakheel lalu akhirnya pihak Nakheel kekurangan pendapatan. Jelas dari sini, kegagalan itu boleh berlaku di mana-mana dan atas apa jua sistem dan kontrak yang digunakan.
  • c.     Disebabkan harga aset kurang elok dewasa ini, ramai pelabur tidak membeli , ini menyebabkan penurunan jumlah pembelian rumah, kesan dari kekurangan perminataan adalah harga aset menjatuh. Ini jelas, satu proses normal dalam sesebuah perniagaan dan pasaran tanpa mengira pasaran Islam atau konvensional. 
  • d.    Kegagalan juga mungkin disebabkan kesilapan individu-individu tertentu dalam pihak pengurusan, pelabur dan pembeli aset. Walaupun sistem Islam adalah tepat dalam konteks ini, kelemahan boleh berlaku dalam penilaian dan strategi perniagaan seseorang manusia. Sebagai contoh, kita semua berhak untuk membeli apa jua rumah di Kuala Lumpur, pembelian itu adalah sah di sisi Islam apabila menepati syarat dan rukun jual beli. Namun begitu, pembelian itu mungkin PASTI menyebabkan kerugian kepada kita sekiranya kita lemah dalam pertimbangan komersial, strategi, perancangan pemasaran dan lainnya. Tatkala itu, bukan sistem jual beli itu yang salah, tetapi penilaian, pemilihan dan pertimbangan individu yang salah.

Berdasarkan faktor tersebut di atas dan banyak lagi yang lain, ia pasti memberikan kesan buruk kepada apa jua jenis perbankan, sama ada Islam atau konvensional. Sistem kewangan Islam masih akan terkena dan terdedah kepada kesan negatifnya walaupun menggunakan kontrak yang berbeza daripada konvensional, walaupun semua transaksi oleh perbankan Islam dilakukan dengan kewujudan underlying asset (tidak seperti konvensional). Namun secara praktikalnya, perbankan Islam masih berada di dalam kerangka besar kewangan konvensional, justeru apa yang terkena kepada majority, pasti akan dirasai oleh minoriti dalam hal ini. Mengapa saya kata kewangan Islam masih minority adalah kerana jangkaan aset keseluruhan kewangan Islam dijangka boleh mencecah 1-2 trillion beberapa tahun lagi, tetapi ia sangat kecil jika dibanding dengan total aset konvensional telah mencecah USD 170 trillion.

Dengan jumlah kekekuatan sebegitu, kewangan Islam pasti akan terkesan sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan apa sahaja kesan negatif kepada ekonomi dunia. Kes sukuk Nakheel ini adalah satu contoh yang paling nyata bagaimana kesan secara tidak langsung itu mengenai industri kewangan Islam.

Sebagaimana ditegaskan tadi, banyak lagi sebab-sebab lain yang bukan berpunca dari kelemahan sesebuah sistem yang menjadi faktor kejatuhan dan kerugian. Justeru, untuk mengatakan system kewangan Islam adalah rapuh sehingga terkesan dengan keadaan sekitarnya, bukanlah satu kenyataan yang benar. Malah semua individu terkesan dengan persekitaran dan sistem induknya. Sebaik manapun ia, pasti akan terkesan dengan apa yang berlaku di sekitarnya.

TERHAKISKAH KEYAKINAN TERHADAP KEWANGAN ISLAM

Mungkin ada yang bertanya, sama ada kes ini boleh menjadi sebab kepada terhakisnya keyakinan kepada system kewangan Islam dan industry pasaran Sukuk khususnya. Tidak dapat saya nafikan, ia mungkin membawa kesan negatif itu, tetapi sewajarnya kita dapat memahami beberapa fakta berikut:-

  • Tiada sebarang jaminan sistem kewangan Islam akan sentiasa untung dan tidak akan rugi.

Perlu difahami, sistem pelaburan dalam kewangan Islam SEMEMANGNYA terdedah kepada untung dan rugi. Tiada mana-mana ulama yang mendakwa sistem Islam hanya akan membawa keuntungan semata-mata. Justeru, sebarang kerugian dalam system Islam adalah normal dan sihat selagi mana kerugian itu durawat dan dirasai secara adil oleh pihak yang terlibat. Itu bezanya system Islam dan konvensional. Dalam konteks ini, katakan Nakheel Ltd gagal, maka kegagalan dan kerugian haasil kegagalan itu akan dirasai secara saksama oleh pihak pelabur dan Nakheel selaku pengurus. Masing-masing merasai keperitannya.

Berbeza dengan sistem konevnsional yang hanya meletakkan beban ke atas pihak pengurus kerana gagal membayar riba interest kepada pelaburnya. Pelabur tetap ingin menuntut interest pelaburannya, manakala   pengurus akan terkapai-kapai mati keseorangan. Sistem Islam tidak sedemikian, untung dirasai bersama-sama dengan saksama, demikian juga kerugian. Namun ia bergantung kepada jenis kontrak yang digunakan. Dalam kes Nakheel Ltd mereka menggunakan kontrak Ijarah. Justeru ia berbeza dengan kontrak Musharakah dan Mudarabah.

Sistem kewangan Islam hanya akan mampu menampakkan perbezaaan besar dengan konvensional, serta menunjukkan kestabilannya di ketika ia majoriti dan bukan minoriti seperti sekarang. Takala ia majoriti, dunia kewangan akan menyaksikan penurunan spekulasi dan perjudian menggunakan instrument kewangan seperti derivatives, pasaran saham dan matawang. Meminimakan promosi dan penggalakan industri hutang dalam segala macam sektor serta digantikan dengan equity sharing and development. Keadaan sebegitu, pasti memberi kelegaan berganda kepada bisnes dan pelabur.

  • Sukuk Nakheel tidak mencerminkan potensi kewangan Islam yang lain.

Sekiranya pada tanggal 14 Disember 2009 ini, Sukuk Nakheel ternyata gagal melunaskan janji kepada pelaburnya. Ia sebenarnya TIDAK mencerminkan petanda buruk akan menimpa sukuk-sukuk lain di seluruh dunia.

Perlu difahami, setiap sukuk bergantung kepada kekuatan projek yang dibiayai, pengurusan dan syarikat penerbit. Masing-masing mempunyai potensi tersendiri dan kesan domina effect seperti Subprime mortgage adalah di peringkat minimal khususnya di Timur Tengah yang mengamalkan fatwa yang lebih ketat khususnya apabila melibatkan Debt Based Sukuk.

Selain itu, Sukuk Nakheel juga tidak mempunyai kaitan yang rapat dengan produk-produk perbankan dan kewangan Islam yang ditawarkan oleh pelbagai bank-bank Islam lain di seluruh dunia. Semua mereka adalah terasing dan tidak banyak bersangkut paut kecuali mana-mana bank Islam yang menjadi pelabur kepada sukuk Nakheel sahaja akan merasai bahang apabila keuntungan yang dijangkan hasil pelaburan mereka di dalam projek pembinaan nakheel tidak menjadi kenyataan.

PENUTUP

Apapun yang akan berlaku kepada Sukuk Ijarah oleh Nakheel kelak, saya masih melihat ada ruang posoitif kepada industri kewangan sedunia dan perkembangan kewangan Islam khususnya. Ini kerana sebelum ini, industri Sukuk jarang diuji dengan proses undang-undang, maka jika Nakheel gagal dan Dubai World juga gagal. Pelabur akan merujuk kepada undang-undang dan kontrak Sukuk akan diteliti satu demi satu oleh sebegitu ramai pihak. Saya yakin, keadaan ini akan membawa kepada pelabur yang lebih berhati-hati dan lebih memahami apa itu Sukuk dan konsep yang digunakannya. Jika sebelum ini mereka mungkin tidak begitu ambil endah berkenaan substance sesebuah Sukuk, kini mereka akan terpaksa lebih faham.

Dunia barat pula asyik meneliti dan mempelajari apa itu sukuk dengan tercetusnya isu ini. Minat ahli-ahli kewangan di seluruh dunia turut meningkat. Jangan dilupa begitu banyak bond konvensional yang gagal dan bermasalah, maka jangan disebabkan satu dua kes berlaku kepada sukuk, seluruh sukuk yang lain di hentam, sistem kewangan Islam dinafi dan ditertawakan. Jika itu berlaku, bermakna, anda telah terangkap dengan permainan dunia kewangan konvensional yang sentiasa mencari masa untuk menafikan kebaikan system kewangan Islam.

“Mungkin ini masanya untuk padamkan minat terhadap Islam dan sistem kewangannya” itu mungkin kata hati musuh-musuh Islam

Benar, akhbar-akhbar kewangan dan ekonomi di seluruh dunia sudah mula memainkan lagu keraguan terhadap sistem Islam, sedangkan Nakheel pada hakikatnya masih belum lagi gagal menunaikan janjinya. Mereka masih mempunyai masa untuk menepati kontrak Sukuk Ijarah mereka dan mereka sedang berusaha.

Begitulah serba ringkas penerangan paling mudah yang mampu saya berikan kepada para pembaca, semoga dapat mehamai serba sedikit berkenaan kes Dubai dan kaitannya dengan industry kewangan Islam.

Sekian

Jangan marah

14 Dec



Bagaimana rasa kita bila mulut yang pernah kita suap tiba-tiba menggigit kita? Atau bila seorang yang lemah lembut kononnya datang hendak membantu kita  tetapi punya seribu satu rencana rahsia untuk menjatuhkan kita? Atau dia yang begitu memuji memuja bvila berhadapan mata tetapi menikam dengan belati umpatan dan celaan ketika di belakang kita? Atau kita  berdepan dengan “pelakon” handalan yang pandai sekali bermuka-muka tetapi penuh dengan strategi dan dendam untuk menghancurkan keperibadian atau karier kita? Jawabnya… JANGAN MARAH!

Kemarahan kita kepada seseorang akan memudaratkan kita sendiri lebih daripada orang yang kita marahkan. Justeru, memaafkan adalah langkah yang paling baik – bukan sahaja untuk orang lain tetapi untuk diri kita sendiri. Ertinya, memaafkan orang lain samalah seperti memaafkan diri sendiri. Diri kita akan menjadi lebih tenang, ceria dan stabil apabila memaafkan ’musuh-musuh’ kita.

Menurut ajaran Islam kemarahan berasal daripada syaitan, dan syaitan berasal daripada api. Api itu panas dan membakar. Bahangnya akan menyebabkan pertimbangan hati, akal dan perasaan kita tidak seimbang – sepertimana molekul cecair atau gas apabila dipanaskan. Malah, ada kesan biologi yang negatif apabila kita marah – degupan jantung, aliran darah, retina mata dan rembesan hormon berubah daripada biasa. Muka menjadi merah, telinga menjadi panas, gigi serta bibir mengetap… Benarlah seperti yang dianjurkan oleh Imam Ghazali apabila seseorang itu marah ” pandang betapa hodoh wajahmu di muka cermin!”

Namun, siapakah yang tidak pernah marah? Marah itu sebahagian daripada sifat tabi’e manusia. Tanpa marah, manusia bukan manusia lagi. Justeru, marah itupun satu anugerah. Dengan adanya sifat marah, timbullah semangat mempertahankan diri, keluarga bahkan agama. Ringkasnya, marah itu ada yang terpuji, ada yang dikeji. Marah yang terpuji bila sesuai pada tempat, sebab dan keadaannya.

Bila agama dikeji, kita mesti marah. Ketika itu jika kita tidak marah, Allah akan marahkan kita. Sebaliknya, bila diri peribadi kita yang dikeji, dianjurkan supaya bersabar. Ini soal personal. Memaafkan, lebih utama. Sayangnya, hal yang sebaliknya selalu berlaku. Bila agama dikeji, kita selamba. Bila diri dikeji, marah kita seakan menggila.

Bagaimana kita boleh menteladani Sayidina Ali r.a. yang masih mampu membezakan ’jenis’ marahnya di saat kritikal? Ketika dia diludah oleh musuhnya sewaktu hendak memancung kepala musuh tersebut, Sayyidina Ali tiba-tiba berhenti justeru merasakan marahnya bukan lagi atas semangat jihad fisabilillah tetapi oleh kebencian melulu yang lebih bersifat personal.

Termasyhur kata-kata ahli rohani, jika diri dikeji… telitilah, muhasabahlah, apakah kejian itu sesuatu yang benar dan tepat? Jika benar dan tepat, kejian itu mesti dilihat sebagai ’teguran’ daripada Allah melalui lidah manusia. Koreksi dan perbaikilah diri segera. Namun sekiranya kejian itu tidak benar, apa hendak dirisaukan? Bukan manusia yang menentukan mudarat dan dosa. Biarkan ia berlalu, jangan takut kepada orang yang mencerca!

Namun itu tidak bermakna kita jumud hingga merelakan diri untuk sewenang-wenaangnya diperkotak-katikkan. Kesabaran perlu diiringi kebijaksanaan. Tabah bukan mendedahkan diri untuk difitnah. Tanganilah, hadapilah, kejian yang salah dengan cara yang betul. Hadapi emosi sipengeji yang panas berapi dengan kepala sedingin salji.

Jadikanlah kemarahan itu sebagai ’pekerja’ dan diri kita sebagai ’majikan’nya. Biarlah marah yang bekerja untuk kita, bukan kita yang bekerja untuknya. Jadi, mula-mula, tuluskanlah marahmu hanya kerana Allah semata. Kemudian luruskanlah marah itu pada jalan yang dibenarkan-Nya sahaja. Kemudian uruskanlah marahmu mengikut kadar dan batasnya…

Jadikanlah marah umpama api di dapur hatimu. Panasnya, biar berpadanan. Jangan terlalu kecil, hingga tindakan mu kelihatan ’mentah’. Jangan pula keterlaluan hingga peribadimu hangus terbakar!

MENANGANI RASA ENGGAN MEMBERI

9 Dec

Orang yang tidak memaafkan, akan sentiasa ‘diikat’ oleh orang yang tidak dimaafkannya. Sebaliknya, jika kita memaafkan, nescaya kita akan terlepas daripada ikatan kemarahan yang membakar diri sendiri.  Justeru, Allah telah mengingatkan dalam Al Quran agar kita menolak satu kejahatan dengan satu kebaikan.

Langkah memaafkan orang lain termasuklah dalam erti menolak satu kejahatan dengan kebaikan. Berilah kemaafan, maanfaatnya besar untuk diri dan orang lain. Sebaliknya, tidak memafkan meletakkan kita sebagai calon penghuni rumah sakit jiwa!

Berikut adalah antara kebaikan memberi maaf:
• Hati akan lebih tenang.
• Wajah akan bersih.
• Semangat kerja akan tinggi.
• Penyakit akan cepat sembuh.
• Hidup akan menjadi berkat.
• Murah rezeki.
• Mendapat lebih ramai sahabat.

Anehnya, manusia masih enggan memberi sekalipun hanya memberi maaf, senyuman dan kata-kata yang baik. Mengapa? Berikut adalah antara sebab-sebab mengapa manusia enggan memberi:

• Memberi akan mengurangkan.
• Orang yang menerima tidak berterima-kasih.
• Tidak ada apa-apa yang hendak diberi.
• Takut dieksploitasi & dimanupulasi.
• Tidak adil setelah kita penat berusaha.
• Tidak mendapat balasan (sia-sia).

Mari kita tangani setiap alasan untuk tidak memberi itu.  Berikut adalah beberapa alasan mengapa kita tidak memberi dan bagaimana cara untuk menanganinya. Insya-Allah. Jom sama-sama kita mujahadah untuk amalkan!

i) MEMBERI AKAN MENGURANGKAN

Sayyidina Ali ra berkata, “rezeki kamu adalah apa yang telah kamu gunakan dan yang apa yang telah kamu belanjakan ke jalan Allah.”
Apabila kita “memberi” hakikatnya kita memberi kepada kita sendiri kerana semuanya menjadi “saham” di akhirat. Ramai tokoh-tokoh korporat yang berjaya hari ini kerana niat awal mereka berniaga adalah untuk mengeluarkan zakat.

Memmberi sebahagian harta seperti mana yang kerap dianjurkan oleh Al Quran, akan membersih dan menyuburkan harta. Metaforanya sama seperti mencabut sebahagian anak pokok sayur di atas batas. Dengan mencabutnya sebahagiannya, pokok sayur yang lain akan tumbuh lebih subur dan lebat.

Keinginan untuk memberi juga adalah dorongan yang kuat untuk berusaha (mencari rezeki). Untuk memberi mesti memiliki. Untuk memiliki kita mesti mencari. Oleh itu dorongan untuk memberi menyebabkan kita berusaha dengan lebih gigih. Kita akan mengamlakan prinsip 3 M dalam berusaha – Mencari, Menyimpan dan Memberi.

ii) ORANG YANG MENERIMA TIDAK BERTERIMA-KASIH

Ini lumrah alam (sunatullah). Jika kita ingin hidup dengan majoriti manusia yang berterima-kasih kita perlu berada di planet lain. Jika kita mengharapkan terimasih atas kebaikan yang kita lakukan, nescaya kita akan sakit jiwa kerana ramai manusia tidak pandai berterima-kasih di dunia ini. Jika ada ucapan terima kasih, baru kita boleh memberi, kita bukan sahaja akan kecewa bahkan itu menunjukan kita orang yang ego.

Allah yang Maha Memberi pun tidak mendapat balasan terima-kasih daripada hamba-Nya. Allah sendiri mengakui hakikat ini menerusi firman-Nya:
“Cari ayat: Sangat sedikit dikalangan hamba-Ku yang bersyukur.”
Namun apakah dengan itu Allah berhenti memberi? Tidak. Allah terus memberi walaupun hamba-Nya tidak pandai berterima kasih (bersyukur). Lalu siapakah kita untuk berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat balasan terima kasih?

iii) TIDAK ADA APA-APA YANG HENDAK DIBERI

Jangan sempitkan rezeki dengan ‘menyempitkan’ pengertiannya. Rezeki bukan hanya wang ringgit dan harta, jika itulah pengertiannya sudah tentu kita tidak selalu ‘ada’ untuk memberi. Luaskan pengertian rezki maka “banyaklah” rezeki kita untuk diberikan kepada orang lain. Rezeki bukan hanya berbentuk material tetapi tenaga, doa, ilmu, kata-kata yang baik, pimpinan, senyuman, pandangan yang baik juga termasuk rezeki. Kalau demikian, tertolaklah alasan untuk tidak memberi kerana tidak ada apa yang hendak diberikan.

iv) BIMBANG DIEKSPLOTASI DAN DIMANUPULASI.

Mesti diimbangi antara sangka baik dengan sifat berhati-hati. Jangan terlalu prasangka dan jangan pula percaya secara membabi-buta. Lihat dan telitilah dahulu berdasarkan fakta dan data-data lahiriah. Kemudian memberilah jika dirasakan hasil pemerhatian lahiriah kita orang itu patut menerima pemberian kita.

Jangan cuba-cuba menebak hati manusia. Urusan hati orang yang menerima bukan soal kita. Sekiranya, tersilap orang pun pasti pemberian kita akan mendapat pembalasan daripada Allah, jika tidak dunia, pasti di akhirat. Insya-Allah. Jangan terlalu berhati-hati hingga jatuh ke tahap prasangka dan curiga. Relakanlah riri dieksploitasi dan dimanupulasi untuk kebaikan.

v) TIDAK ADIL UNTUK KITA YANG BERUSAHA.

Dengan apa kita berusaha? Apakah modal kita? Modal usaha kita semua daripada Allah. Tenaga, fikiran dan apa jua milik kita hakikatnya diberikan oleh Allah. Allah memberi untuk kita memberi. Allah memberi kepada hamba-Nya melalui saluran hamba-hamba-Nya yang lain. Mesti kita sedari bahawa kita adalah ‘saluran’ Allah untuk memberi. Oleh kerana itulah Allah menggunakan kalimah ‘KAMI’ (keterlibatan pihak lain) apabila menjelaskan tentang pemberian rezeki-Nya.

Adalah tidak terpuji sekiranya kita tidak memberi kerana ia samalah dengan menyekat saluran rezeki daripada Allah untuk orang lain. Hakikatnya ‘kepunyaan’ kita yang hendak diberikan itu bukanlah kepunyaan kita tetapi kepunyaan Allah yang diperintahkan-Nya untuk diberikan kepada orang lain. Manusia ialah ‘peminjam’ bukan ‘pemilik’. Memulangkan pinjaman adalah adil. Sebaliknya tidak memberi itulah kezaliman yang nyata.

vi) TIDAK MENDAPAT BALASAN.

Individu yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, pasti menolak anggapan memberi tidak akan mendapat balasan. Bukankah Allah telah berfirman:
“*Cari ayat: Sebesar zarah kebaikan akan mendapat balasan (kebaikan).”
Malah pembalasan daripada Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Keyakinan kepada Allah dan hari Akhirat sangat penting sebagai dorongan untuk kita memberi.

Malah ganjaran atas kebaikan yang kita lakukan bukan hanya di akhirat tetapi ia dirasai di dunia lagi. Di dunia, orang yang memberi akan mendapat ‘ketenangan’ hati. Hakikatnya, mereka “berzikir” dengan anggota (rujuk isu utama Solusi Edisi ke-10: Mencari Bahagia). Orang kaya hakikatnya “berzikir” (zikir fikli) apabila menginfakkan hartanya. Ulama berzikir ketika menyampaikan ilmunya. Pemimpin sedang berzikir ketika memimpin dengan kuasa dan kewibawaannya. Dan semua ini akan berikan ketenangan di dunia.

Dalam sebuah hadis panjang yang diriwayatkan oleh Al Tirmizi dan Ahmad Nabi Muhammas saw telah bersabda tentang dialog Allah dengan para malaikat yang begitu kagum melihat penciptaan gunung, kemudian besi, kemudian api, kemudian air, kemudian angin… Malaikat bertanya, “Ya, Allah! Adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dari semua itu? Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, “Ada, yakni amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahui.”

Walaupun hadis tersebut menjelaskan betapa pentingnya ikhlas dalam amalan, tetapi ia secara tidak langsung menunjukkan keutamaan memberi. Ya, untuk berjaya (dunia dan akhirat) kita hendaklah menteladani orang yang berjaya. Semua mereka adalah terdiri daripada orang yang sangat komited dengan memberi.

Jika anda miskin, jangan jadikan itu alasan untuk tidak memberi. Jadilah simiskin seperti Sayidina Ali Karamallahuwajhah. Dia tetap memberi walaupun hidup dalam kemiskinan. Sesungguhnya dia sangat menyedari apa yang dimaksudkan oleh hadis Rasulullah saw bahawa Allah cinta kepada orang yang pemurah, namun Allah lebih cintakan orang miskin yang pemurah. Hanya satu sahaja penghalang untuk memberi… lemah iman!

Sesungguhnya Ia Lebih & Malah Sangat Sukar …

1 Dec

Ramai yang berkata tentang ikhlas, ada yang mempertikaikan keikhlasan seseorang, ada pula yang mendakwa tindakannya dibuat secara ikhlas.  Apa sebenarnya ikhlas? Benarkah manusia, khususnya umat Islam di dunia kini terlalu kurang keikhlasan?. Ikhlaskah diri kita dalam berdakwah, berpolitik, menulis, bercerita, belajar, mengajar, mendidik dan berniaga?.

Ini satu persoalan yang besar di sisi Islam dan keikhlasan memerlukan satu mujahadah besar. Ia tidak mudah dan hanya mampu dicapai KECUALI oleh mereka yang benar-benar telah berjaya menanggalkan kecintaan kepada semua jenis makhluk, sama ada ia adalah pangkat, pujian, harta, dianggap selebriti, wang dan kebanggaan.

Allah swt meningatkan :-

قُلْ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ اللَّهَ مُخْلِصًا لَّهُ الدِّينَ

Ertinya : Katakanlah: “”Sesungguhnya aku diperintahkan supaya mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama ( Az-Zumar : 11)

Nabi s.a.w pula bersabda :-

إن الله لا يقبل من العمل إلا ما كان له خالصًا، وابتغي به وجهه

Ertinya : Sesungguhnya Allah swt tidak akan menerima amalan kecuali apa yang dibuat dalam keadaan ikhlas, berkeinginan kepada wajahNya ( Al-Bukhari, no 97, kitab al-Ilm)

APA ITU IKHLAS?

Imam Abu al-Qasim Al-Qusyairi, seorang ahli tasauf yang terkemuka memeberikan definisi Ikhlas sebagai:-

إفراد الحق سبحانه في الطاعة بالقصد، وهو: أنه يريد بطاعته التقرب إلى الله سبحانه دون أي شيء آخر؛ من تصنع لمخلوق، أو اكتساب محمدة عند الناس، أو محبة مدح من الخلق، أو معنى من المعاني سوى التقرب به إلى الله تعالى، ويصح أن يقال: الإخلاص تصفية الفعل من ملاحظة المخلوقين

Ertinya: Ikhlas adalah mengesakan haq Allah swt dalam segala amalan ketaatan dengan niat, iaitu dia melakukan amalan ketaatannya hanyalah untuk menghampirkan diri kepada Allah swt, tiada apapun selain itu, iaitu mereka yang melakukannya kerana Makhluk, atau kerana ingin mendapat pujian mereka, serta kecintaan kepada pujian makhluk, atau apa jua sebab-sebab yang selain redha Allah. Boleh juga dikatakan, bahawa Ikhlas itu adalah pembersihan (niat) diri (semasa amalan) dari segala segala perhatian manusia. ( Al-Risalah al-Qusyairiah, tahqiq Abd Halim Mahmud, 1/443)

Memang mudah untuk melafazkan kata ikhlas, mudah juga untuk cuba menyakinkan diri bahawa diri ikhlas dalam perjuangan, namun untuk benar-benar memastikan hati sentiasa istiqamah ikhlas kepada Allah swt, ia bukan satu tugas yang mudah, namun ia maha penting dan penentu masa depan kita tatkala berdepan dengan Allah swt kelak.

Ada yang berkata, ketidakiklasan itu boleh terlihat dek tanda-tanda dari mulut melalui cakap-cakap dan kata-katanya,

dari tulisan melalui baris ayatnya,

dari tindakan melalui memek wajah dan pergerakannya.

Apapun, persoalan utama bukanlah ghairah dan sibuk meneliti keikhlasan orang lain serta mempertikaikannya, tetapi adalah meneliti dan memperbaiki diri sendiri.

PENDAKWAH MELALUI CERAMAH

Pendakwah melalui medan ceramah hari ini sangat tercabar,

Bukan kerana bimbang ditangkap kerana ketiadaan tauliah, itu tidak mencabar,

Atau di kurung melalui akta ISA kerana sebab yang sepatutnya anda faham,

Dibuang kerja kerana dakwahnya menentang arus politik kerajaan atau membelakangkan AUKU,

Sebenarnya, apa yang lebih mencabar adalah menjaga hati untuk ikhlas. Ada yang ‘jatuh’ kerana beberapa ada tujuan baru yang mengambil alih tempat ‘ikhlas’ kerana Allah swt iaitu :-

·         Keujuban di dalam diri : Ada penceramah yang merasa diri sebagai hero dan telah mencapai maqam pejuang berkorban persis Nabi Ibrahim a.s apabila mereka ditangkap, dipenjara dan didenda oleh pihak yang menghalang dakwah.

Malangnya, ujian itu merosakkannya, hingga dirasakan diri terlalu hebat, lalu dinafikan ketulenan pejuang lain yang belum ditangkap sebagai amatur dan bertaraf rendah. Sama ada melalui tulisan, percakapan mahupun gerak hatinya.

Lebih menyedihkan jika peristiwa halangan ini mengubah niatnya kepada untuk terus menerus dilihat gagah dan berani dalam dakwahnya. Hilang habislah tujuan Allah dari hatinya.

·         Imbuhan dan bayaran : Penceramah sekali lagi digegarkan keikhlasan mereka akibat imbuhan dan bayaran. Mungkin pada mulanya ramai penceramah yang mampu berniat ikhlas kerana Allah, menyampaikan ilmu kerana menurut sunnah Rasululah s.a.w. Namun lama kelamaan, apabila nama menaik, muncul di kaca TV, di corong radio, berteleku di hadapannya para bangsawan, menteri, jutawan dan pembesar, ikhlasnya menjadi semakin terhakis.

Populariti menjadikannya semakin ‘sakit’ di sisi Allah. Sebarang ceramah tanpa bayaran atau tidak menepati statusnya akan ditolak mentah atau dituntut tunggakan bayaran. Jika sekadar tambang dan kos-kos biasa, mungkin ia munasabah, namun apa yang dituntut dan diminta adalah tinggi menggunung tanpa mengira status pihak yang menjemput. Di ketika itu, Imbuhan dan bayaran telah mengambil tempat Allah swt dalam hatinya.

·         Kecintaan kepada pujian : Penceramah juga diserang oleh rasa cinta kepada pujian manusia, segala isi ceramah cuba difikirkan apa yang sesuai dan disukai oleh pendengar, jika pendengar sukakan gelak, seribu satu macam ceritera lucu mengundang tawa akan dimainkan.

Jika pendengar sukakan dalil-dalil dan kata-kata ulama dan para sahabat akan dipersembahankan,

jika pendengar sukakan ‘nota kaki’ dan nama kitab, itu juga akan digariskan dan disebutkan dengan lancar lagak seorang mujtahid ulung.

Benar, ada yang mampu untuk terus ikhlas, menyediakan semua itu bagi menambah keberkesanan ceramahnya, membawa manusia kepada Allah swt, namun tidak sedikit yang ikhlasnya menjadi pudar, lalu semua itu disediakan agar dilihat,

‘Hebat’, ‘Alim’, ‘Pakar’ ‘Bijak’, ‘Best’, ‘Sarjana’, ‘Setaraf Tok Guru’, ‘Persis Mujtahid’ dan pelbagai lagi tujuan-tujuan salah yang dimomokkan oleh Syatian setiap hari.

Di benak para pendakwah melalui ceramah ini, sentiasa berusaha untuk ikhlas kerana Allah, namun Syaitan sentiasa berjuang merosakkan ikhlasnya dengan apa yang tersebut di atas malah berpuluh lagi cara. Ya Allah, alangkah mencabar dan sukarnya untuk mengekalkan keikhlasan dalam perjuangan melalui medium ceramah.

PENDAKWAH MELALUI TULISAN

Ada di kalangan insan yang soleh lagi baik ini, tidak berkemampuan dalam bertutur lancar dan menawan. Namun dianugerahi kelebihan menulis yang baik dan mengkagumkan. Lalu pendawkah ini mula mengorak langkah menulis buku-buku, membuka web sendiri dan blog, menyebar ilmu melalui tulisannya di forum-forum maya, majalah, buletin dan sebagainya.

Niatnya hanyalah satu, iaitu menyebarkan ilmu bagi mendekatkan manusia kepada Allah swt, redha Allah adalah objektif.

Namun, dari semasa ke semasa, objektif unggul itu boleh sahaja menjadi pudar akibat :-

a- Royalti dan Honorium

Hasrat dunia sekali lagi boleh menjadi penghalang bagi seseorang penulis untuk istiqamah dalam keikhlasan. Royalti dan honorium sudah mengambil tempat ‘Kerana Allah’,  tujuan dan objektif tertinggi yang sepatutnya ‘Akhirat’ sudah berubah nama kepada ‘Dunia’

“Jika demikian, kita menulis secara percuma, menyerahkan manuskrip buku kepada penerbit tanpa perlu sebarang royakti dan honorium” Demikain tegas beberapa rakan pendakwah, berusaha mencapai penerusan dalam ikhlas. Mujahadah dan menjerat nafsu agar tunduk kepada niat yang tulus ikhlas.

“Tidak semestinya berjaya juga, ikhlas tidak semestinya tanpa bayaran dan honorium, ia di dalam hati” Terang saya mengingatkan diri.

Matanya mula berkerut mendengar ayat ringkas saya itu. Namun akhirnya dia terangguk-angguk tanda faham tanpa memerlukan penjelasan lanjut.

Manakan tidak, seseorang mungkin boleh membuang semua habuan harta itu untuk mencapai ikhlas, namun ikhlas namun belum tentu boleh wujud semudah itu.

Perasan diri ‘hebat’, ‘merasa diri ikhlas kerana tidak mengambil habuan harta’, rasa diri lebih ikhlas dari mereka yang menerima royalti, suka dan gembira menerima pujian orang sekeliling yang mengisbatkan dirinya sebagai ikhlas kerana tidak mengambil royalti dan honorium juga adalah ‘pembunuh’ sebuah keikhlasan yang tulen.

Sebenarnya keikhlasan itu boleh wujud sama ada di ketika seseorang pendakwah menerima ibmbuhan wang hasil penulisan dan ceramahnya, atau juga sebaliknya. Apa yang terdetik di hati hati serta menjadi tujuan diri, itulah jawapannya. Jika honorium dan royalti tidak memberi kesan kepada hati dan niat asal perjuangannya, ia akan sentiasa Ikhlas di sisi Allah walau menerima gunungan royalti.

Jika pujian dan apa jua pujian orang terhadap penulisannya dan ketegasannya sehingga menolak sebarang bayaran hasil tulisan dan ceramahnya itu tidak berbekas di hati dan bermuzik indah di mindanya. Ia telah ikhlas.Itu tandanya apa juga yang dari manusia sudah tidak memberikan kesan kepada hatinya, hanya redha dan cinta Allah yang ditagihinya. Yang lain hanyalah sampingan, wujud dan tiadanya tidak memberi kesan kepada jiwa.

Royalti yang diperolehi akan pasti digunakan bagi menambahkan amal bakti kepada umat Islam yang kurang bernasib baik atau menjalankan tanggung jawab dan kewajiban yang tertanggung ke atas dirinya. Hasilnya kebajikan akan berganda hasil royalti dan honorium yang diterima.

Bagi yang menolak royalti serta mampu mengekal ikhlas, disunyikan tindakannya itu dalam segala macam manusia, agar tidak terganggu hatinya dengan pujian menggunung. Jika dikethaui sekalipun, ia tidak sama sekali terbekas dengan kata-kata manis manusia, tidak pula dia merasa dan memandang rendah kepada mereka yang menerima royalti.

Orang lain tidak perlu ukur ikhlas orang lain, tidak perlu juga mempertikai atau mengiakan keikhlasan seseorang. Cukuplah masing-masing mengukur keikhlasan dirinya dan fikirkan tentangnya sentiasa.

·       Pujian, nama dan selebriti

‘Aku menulis bukan kerana nama’ Itulah laungan lagu yang sudah sekian lama kita dengari.

Pendakwah mungkin menulis di peringkat awalnya, hanya kerana Allah. Namun di ketika pujian mencurah-curah datang tanpa ditagih. Hatinya kian terganggu, bukan apa…

Terganggu apabila beberapa tulisannya tidak dipuji sebagaimana sebelumnya

Tatkala itu, keikhlasannya hancur. Tempatnya diambil oleh ‘Tuhan baru’ iaitu ‘pujian’ dan ‘sanjungan’. Redha manusia menjadi objektif barunya kini. Semuanya kerana dia menyedari sanjungan itu akan boleh membawanya kepada mencipta nama, bukunya boleh menjadi ‘best seller’ kerana peminat fanatiknya itu, wang boleh mencurah jatuh ke atas ribaan.

Tatkala itu, diri sendiri seolah sudah memberi cop kepada dirinya,

“aku sudah menjadi seorang selebriti kerana tulisanku”

Kalau tidak diakui sendiri, tatkala ada rakan lama yang berkata :

“wah!, engkau sudah jadi selebriti sekarang ini, tahniah”

Dengan kadar beberapa saat minda,hati dan perasaannya mengakui hakikat itu dan merasa sedikit bangga dengannya. Tanpa disedari, mengakui keselebritian diri itu tanda kita sedang ditipu oleh dunia. Lebih ‘sakit’apabila kebanjiran manusia yang membeli buku, melawat web atau blog, yang menjadi rakan di facebooknya, kemunculannya di TV dan Radio dilihat sebagai indikasi bahawa dirinya sudah layak bergelar ‘selebriti’‘public figure’ yang menggembirakan.

Apa yang patut dibuat sepatutnya adalah, hati wajib menafikannya serta segera menarik hati dan jiwa kepada persoalan berikut:

“Adakah aku sudah berjaya menjadi selebriti atau ‘public figure’ penulis (atau penceramah) di sisi Allah, pada pandangan Allah?, Bukankah itu tujuan asal kita?”

Saya teringat kata-kata sahabat besar, iaitu Ibn Masud, ketika beliau keluar berjalan, kerap aka nada orang ramai yang mengikutnya, bagi mendapatkan ilmu darinya, lalu beliau berkata :

علام تتبعوني؟ فوالله لو تعلمون ما أغلق عليه بابي ما اتبعني منكم رجلان

Ertinya : Atas sebab apakah kamu semua mengikutiku? Demi Allah kalau kamu tahu apa yang aku lakukan dibalik pintuku yang tertutup nescaya tiada siapa yang akan mengikutiku lagi. ( Ihya Ulumiddin, Al-Ghazzali & Tafsir Ibn Kathir, 6/343)

Justeru, maka sedarilah diri yang mudah lupa, Syaitan sentias berusaha, menghancurkan kewarasan iman kita. Ikhlas kita sering menjadi sasaran sang Syaitan, untuk dilupuskan.  Bukankah ia sebuah ujian yang sukar buat para pendakwah. ? Ya tentunya, malah mungkin lebih sukar dari ditangkap dan dipenjara jasad. Hati yang terpenjara dengan niat selain Allah adalah sebesar-besar kegagalan manusia, yang sepatutnya menjadi hamba dan khalifah Allah swt.

·       Ahli akademik, Pangkat dan gelaran

Sebahagian pendakwah dari kalangan penulis terdiri dari golongan bijak pandai di Universiti, khususnya di fakulti-fakulti yang melibatkan Islam. Mereka banyak mengkaji dan menulis hasil kajian mereka dan seterusnya disiarkan melalui buku, jurnal, pembentangan di konferen dan seminar dan sebagainya. Niat asal tidak lain tidak bukan hanya mencapai redha Allah dan mencerahkan manusia kepada jalan keredhaan Ilahi. Merungkai yang kusut, menjernih yang keruh, melurus yang bengkok dan memurnikan yang bergolak.

Namun, sebagaimana pendakwah yang lain, kumpulan ini juga turut digoda dan akhirnya niat ikhlas tersasar dari landasannya.

Seorang pensyarah univeristi terlihat saya sedang menulis dengan tekun lalu menyapa :

“Tengah menulis apa?”

“Tengah siapkan sikit lagi buku baru saya” jawab saya ringkas

“Buku tentang apa? Rugi kalau tulis sekarang ni, tunggulah dah siap PhD nanti. Tulis buku sekarang ini tak masuk dalam kiraan merit” katanya tanpa rasa malu dan segan.

“Berkenaan kewangan Islam, ooo ye ke tak masuk dalam merit, tapi tak mengapalah” jawab saya semula, cuba ambil hati beliau yang sibuk memikirkan soal merit.

“Tapi kalau rasa nak jual buku dan ambil royalti aja, pun ok juga” katanya lagi sambil tergelak kecil dan kemudiannya berlalu pergi.

Saya hanya mampu memberikan senyuman tawar kepadanya.

Saya sebenarnya sedikit kesal dengan mentaliti pensyarah sedemikian, apa yang dalam benaknya hanyalah merit atau wang. Tidak terfikir olehnya kalau ada seseorang menulis kerana Allah dan mencapai redha Allah walau tidak peroleh merit ataupun royalty. Mungkin agakanya terlalu pelik di zaman ini? Mari sama-sama kita berusaha mencapainya..!

Memang ramai dari kalangan ahli akademik yang menulis kerana mengejar merit untuk melayakkan diri mendapat kenaikan gaji dan pangkat. Justeru itu, tulisannya digubah indah lagi rumit dipenuhi bahasa-bahasa akademik, katanya “khas untuk pembacaan bijak pandai”. Ya itu perlu bagi menunjukkan kebijaksanaannya. Jurnal-jurnal menjadi ‘kegilaan’ ahli akademik di zaman ini, begitu banyak senarai jurnal dalam catitannya, sama ada jurnal kelas tinggi, sederhana dan rendah.

Hidupnya di bilik sejuknya digadaikan untuk menghasilkan kajian dan penulisan cemerlang di mata majlis editor pakar sesebuah jurnal terbabit. Jika tidak sedemikian, ada pula yang menulis untuk konferen besar, mulanya niat adalah untuk mengembangkan ilmu kepada msayarakat antarabangsa, agar mereka turut mendapat redha Allah, namun malang di pertengahan jalan, niat tersasar.

Populariti serta networking yang ditagih dalam konferen dan seminar besarnya, semuanya terniat untuk menambah kenikmatan dunia. Ya, harapannya untuk menaikkan pencapaian diri di dunia dengan kepujian dan tentunya membawa pulangan harta juga. Akhirnya, niat ikhlas kerana Allah menjadi semakin terpadam, sedikit demi sedikit hingga tidak tinggal satu apapun amalannya yang dilihat oleh Allah swt.

PENDAKWAH MELALUI POLITIK, JAWATAN DAN PANGKAT

Ada sekumpulan pendakwah, berjuang Islam dan mencari redha Allah melalui jalan politik, jawatan yang dipegang yang yang ‘ingin dipegang’.

Di dalam hati mereka seolah tertulis, ingin melaksanakan yang terbaik untuk mencapai maqam terbaik di sisi Allah, lalu jalan ini diambil selain jalan-jalan sampingan yang lain juga turut digunakan.

Namun liciknya Syaitan, dengan mudah sahaja seorang pendakwah Islam melalui medium politik boleh jatuh tersungkur di sisi Allah. Akhirnya dia berjuang bukan lagi kerana Islam dan redha Allah, tetapi kerana kecintaan kepada penyokong yang ramai, pangkat, pejabat besar dan puja puji orang bawahan.

Lebih parah, apabila dipandang hina semua pendakwah yang tidak berjuang sepertinya atau ‘berjuang melalui jalan politik’. Dirasakan mereka itu semua bacul, penakut, sebahagiannya munafiq, tercicir di jalan dakwah, hanya ingin berjuang dalam comfort zone, pendakwah ‘mee segera’ dan pelbagai lagi perasaan benci dan gelaran buruk kalau boleh disebatikan dengan pendakwah yang tidak sepertinya.

Tatkala itu, hancurlah amalannya, bukankah telah disabda Nabi s.a.w bahawa ‘ujub itu menghancur amalan. Lebih jauh dari itu, digelar pula dirinya sebagai mujahid, pejuang Islam tulen atau pelbagai gelaran lain bagi menunjukkan dirinya sedang berjuang dengan gagah berani lagi sengit. Tidak seperi pendakwah lain.

Sepatutnya, jika gelaran ‘mujahid’ itu diberi orang, janganlah dia terkesan dengannya, kerana dirinya mungkin dilihat pejuang di sisi manusia, namun belum tentu di sisi Allah. Orang yang berjuang boleh berdoa agar tergolong di kalangan pejuang, namun untuk melabelkan diri sebagai ‘pejuang’, itu bukan caranya. Biar Allah sahaja menentukan kita adalah pejuang atau tidak. Tugas kita adalah sentiasa memastikan kita layak melalui ikhlas dan rendah diri.

Cabaran pendakwah melalui medan politik memang besar, ia boleh datang dari pihak sekular yang membencinya, lalu digunakan kuasa untuk menekan dan mengancamnya. Ia juga boleh datang dari Syaitan durjana yang jauh lebih professional dari manusia yang terlihat dek mata.

Boleh sahaja, perjuangan itu tersasar kerana keinginan kepada ‘kuasa’ terlebih dari sepatutnya. Tatkala itu keikhasannya pudar dan semakin terpadam. Akhirnya takala dia sudah memegang kuasa, jawatan, apa yang dijanjikan kepada Allah sebelum ini dilupakan, kerjanya untuk mencapai redha manusia dan pengundinya menjadi semakin dominan berbanding redha Allah. Tatkala itu hancurlah dia pada pandangan Allah swt.

PENDAKWAH MENUNTUT ILMU

Selain berdakwah dengan mengajar, pendakwah juga sentiasa berterusan belajar dan terus belajar. Hasil ilmu asas yang baik dalam diri, dijadikan modal untuk meneruskan pembacaan dan galian ilmu yang tiada tara dalamnya.

Namun, seseorang yang menuntut ilmu sering diingatkan nabi sa.w.w agar berterusan menjaga keikhlasan. Ilmu yang dicari dan digali dengan niat menunjuk lebih pandai dan alim, jaguh berdebat, mengelirukan orang ramai, menutup kesalahan diri dan seumpamanya, akan pasti membuahkan ilmu-ilmu yang memporak perandakan masyarakat, bukan menyatukannya.

Bukankah ilmu sepatutnya membawa kepada Allah, dan semua pihak yang bersama Allah akan bersatu padu. Itulah formula yang ditegas oleh Allah swt :

وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِي الأَرْضِ جَمِيعاً مَّا أَلَّفَتْ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَـكِنَّ اللّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ

Ertinya : Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka ( Al-Anfaal : 63)

Namun hari ini, Negara kita semakin ramai pendakwah dan ilmu yang digali dari pelbagai jenis Negara dan guru. Malangnya, manusia dan umat Islam khususnya tidak semakin tenang, tetapi semakin bergolak. Lebih tinggi ilmu mereka ini, lebih bergolak dan berpecah orang di bawahnya. Kerana apa?

Banyak sebabnya, boleh sahaja menyalahkan Syaitan dalam hal ini, namun tidak kurangnya adalah si ilmuan, pendakwah dan penuntut ilmu yang menuntut bukan ikhlas kerana Allah, tetapi atas kepnetingan diri sendiri dan kumpulan yang dicenderunginya.

Dirinya merasakan sedang berjuang habis-habis menghapuskan kemungkaran dan kekeliruan dalam agama.

Dirasakan dirinya sedang adalah sentiasa di pihak yang benar lagi tepat. Hingga kebenaran yang dirasakan berada di pihaknya itu menghalalkan dirinya untuk menyesat, mengkafir, membid’ahkan dan menghukum orang dan pihak lain. Seolah tiada lagi ruang dan kemungkinan, kebenaran berada di pihak yang satu lagi.

Akhrinya, syaitan mengambil alih, mengubah niatnya dari menuntut ilmu secara ikhlas untuk mencapai redha Allah kepada menuntut ilmu agar boleh mempertahankan kumpulannya, ideanya, maruahnya, dan periuk nasinya. Lalu malang mereka…apakah yang boleh menyedarkan mereka ? Wallahu’alam.

KESIMPULAN

Tulisan ini sebenarnya lebih kepada peringatan buat sendiri. Cuma ia disiarkan untuk dimanfaatkan oleh mana-mana rakan pendakwah yang sudi mengambil manfaat.

Ia merupakan peringatan kepada salah satu cabaran terbesar buat para individu yang menceburi bidang dakwah, namun terlupa akan cabaran ini. Akhirnya minda dan hati, menjadi sarang yang busuk dek kuman dan virus Syaitan. Bimbang matinya kita kelak, merasa diri sudah berjuang dan berdakwah tetapi dilihat SEBALIKNYA oleh Allah swt.

Sebuah hadis yang sangat memberi kesan kepada jiwa, sejak dahulu lagi, iaitu :-

إن أول الناس يقضى يوم القيامة عليه رجل استشهد, فأُتي به فعرفه نعمه فعرفها, قال: فما عمِلتَ فيها؟ قال: قاتلت فيك حتى استشهدت, قال: كذبت, ولكنك قاتلت لأن يقال: جريء, فقد قيل, ثم أمر به فسحب على وجهه حتى ألقي في النار. ورجل تعلم العلم وعلّمه, وقرأ القرآن, فأتي به فعرفه نعمه فعرفها, قال: فما عملت فيها؟ قال: تعلمت العلم وعلّمته, وقرأت فيك القرآن, قال: كذبت, ولكنك تعلمت العلم ليقال: عالم, وقرأت القرآن ليقال: هو قارئ, فقد قيل, ثم أمر به فسحب على وجهه حتى ألقي في النار. ورجل وسّع الله عليه, وأعطاه من أصناف المال كله, فأتي به فعرفه نعمه فعرفها, قال: فما عملت فيها؟ قال: ما تركت من سبيل تحبّ أن ينفق فيها إلا أنفقت فيها لك, قال: كذبت, ولكنك فعلت ليقال: هو جواد, فقد قيل, ثم أمر به فسحب على وجهه, ثم ألقي في النار

Maksudnya (ringkasan terjemahan) :

Antara yang terawal diadili di hari qiyamat kelak adalah  mereka yang mati syahid. Kemudian ditanya kepada mereka : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?

Jawabnya : Aku telah berjuang untukMu (wahai Allah) sehingga mati syahid

Dibalas : Kamu berbohong, tetapi kamu berjuang untuk digelar “SANG BERANI”

maka dikatakan, telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.

Ditanyakan kepada (orang kedua) : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?

Jawabnya : “Aku mempelajari ilmu, mengajarkannya dan membacakan keranaMu Al-Quran”

Dijawab semula : Kamu berbohong, kamu mempelajari ilmu agar kamu boleh digelar ‘Alim, kamu membaca Al-Quran agar digelar “QARI”

maka dikatakan, telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.

Ditanyakan kepada (orang ketiga) : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?

Jawabnya : “Tidak aku sesuatu yang engkau sukai untukku dermakannya kecuali telah aku dermakannya keranaMu”

Dijawab semula : “Kamu berbohong kamu mendermakannya agar kamu digelar “DERWAMAN”

maka dikatakan kepada Malaikat, lalu telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka ( Riwayat Muslim, no 3527, Kitab al-Imarah)

Semoga kita semua dijauhkan kita semua dari racun hati oleh si musuh Allah yang sentiasa bekerja keras untuk istiqamah atas landasan ikhlas yang sebenarnya. Bagi sesiapa yang telah berjaya ikhlas, tiba-tiba dipuja dan puji oleh manusia atas sumbangan dan kebaikannya, segala itu tidak memberikan kesan kepada kecintaan dan niatnya yang ikhlas kepada Allah. Mereka itulah yang disebut dalam hadis:-

أرأيت الرجل يعمل العمل من الخير، ويحمده الناس عليه؟ قال: “تلك عاجل بشرى المؤمن

Ertinya : Ditanya kepada Nabi s.a.w berkenaan seorang yang berbuat amal kebaikan, tiba-tiba manusia memujinya?. Jawab baginda : Itulah ganjaran gembira yang didahulukan buat para mukmin” ( Riwayat Muslim)

Ibn Qayyim pernah berkata berkata : “Amal tanpa keikhlasan seperti musafir yang mengisi kantong dengan kerikil pasir. Memberatkannya tapi tidak bermanfaat.”

Benarlah, bahawa ikhlas bagi adalah satu ujian yang lebih malah sangat sukar bagi seorang pendakwah dan mukmin. Bagi lagi medium yang diceburi pendakwah termasuklah seni, drama, nasyid dan pelabagi lagi. Namun semua akan menghadapi cabaran besar ikhlas, ia sebuah cabaran yang sangat sukar…

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net