Archive | October, 2008

Mengapa Perlu Kaunseling

14 Oct

2366012236_707a15e272

Kemahiran kauseling merupakan pendekatan alternatif berguna dalam memotivasi diri sendiri.Seseorang boleh berkomunikasi dengan diri sendiri, bertanya kepada diri sendiri apa matlamat hidup dan apakah tindakan kita itu bersesuaian ataupun sebaliknya. Tanya apa-apa yang perlu pada diri kita. Melalui kesedaran tersebut dapat memperbaikipersonalati  diri seseorang ke arah yang lebih baik agar menjadi insan kamil serta dapat memberi sumbangan kepada diri, keluarga, agama dan masyarakat.

Advertisements

Hidup Perlu Memberi

14 Oct

images-12Dalam hidup yang penuh cabaran dan ujian , manusia memerlukan panduan dalam hidup agar berjaya mengharungi tribulasi tersebut. Pelbagai pendekatan yang boleh dilakukan antaranya melalui pendekatan kaunseling.

bersambung………………..

Keperluan Kaunseling Kepada Seseorang Insan

13 Oct

images-kaunseling1

Semua orang memandang kaunseling sebagai satu benda yang pelik.Jika berjumpa kaunselor,pandangan orang terhadap individu tersebut bersepsi negatif.Peranan kaunselor seperti seorang doktor membantu pesakit merawat penyakit yang dialami oleh pesakit.Persepsi serong masyarakat perlu diubah agar fikrah tersebut tidak menular hingga ke generasi ummah seterusnya.Kaunselor perlu bangkit melakukan anjakan paradigma, bekerja secara berjamaah membangunkan ummah seperti seorang daie yang berdakwah menyambung perjuangan rasulallah mendaulatkan risalah agama islam yang mulia.Pelbagai metadologi perlu digarap oleh kaunselor agar perkhidmatan yang diberi mempunyai nilai tambah dan berkualiti agar klien yang menerima perkhidmatan tersebut merasa ketenangan selepas melalui sesi kaunseling.Perkhidmatan kaunseling ini boleh dikembangkan dengan menggunakan pelbagai teknologi yang ada pada alaf ini antaranya E-Kaunseling.Metod ini mudah diaccess dimana-mana oleh klien tanpa mengira masa,ruang dan waktu .Kaunselor boleh berinteraksi dengan klien pada bila-bila masa agar klien rasa dihargai dan diterima.

Seseorang kaunselor perlu mempunyai dan menguasai pelbagai ilmu.Prof. Dr Sidek Baba merumuskan seseorang insan itu perlu memiliki ilmu mengurus diri dan ilmu mengurus sistem agar ia dapat menongkah arus tribulasi dengan hati yang tenang.Ilmu di dalam Islam dapat melahirkan insan daripada jahil kepada seorang yang berilmu.Ingatlah pesanan dalam hadis Rasulallah yang bermaksud ” Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap individu muslim”.Ibrah dari pesanan rasuallah itu begitu berhikmah agar umat islam bersemangat dalam menguasai ilmu pengetahuan seperti zaman para sahabat dan ilmuan islam terdahulu seperti Ibnu Sina,ibnu Rush, Ibnu Batuta, dll.roh perjuagan itu perlu dihayati