Terbitan Buku Baru

cover-utkmu-wanita1

Tajuk Buku : UNTUKMU WANITA

Penulis   :Zaharuddin Abd Rahman

Kategori Tarbiah Rohani
ISBN: 978-983-097-228-2
Tebal: 214 ms
Harga: RM23.00 (Semenanjung Malaysia) / RM25.00 (Sabah/Sarawak)

“Buku ini dihasilkan bagi menghampiri kaum wanita dan menghulurkan secebis nasihat buat tatapan mereka. Ia turut dikhususkan untuk para lelaki yang sedang berusaha mencari-cari intipati ilmu kebaikan dan nasihat untuk hidangan mereka yang bernama ibu, isteri, kakak, adik dan anak,” beritahu Ustaz Zaharuddin dalam mukadimah bukunya.

Dengan huraian yang padat, jelas dan tegas, buku ini dipersembahkan dalam bentuk soal-jawab, menjadikannya bahan bacaan yang lebih santai dan bersahaja. Terdapat juga kisah-kisah motivasi dan rantaian cebisan pengalaman yang dialami sendiri oleh penulis untuk dijadikan iktibar kepada pembaca.

Buku ini mengandungi tiga bahagian utama iaitu:
Bahagian 1: Wanita, maruah dan aurat
Bahagian 2: Wanita dan munakahat
Bahagian 3: Wanita dan rumah tangga

Setiap bahagian pula mengandungi lebih kurang 10 bab yang dikupas bersama dalil-dalil al-Quran dan hadis untuk memantapkan pemahaman pembaca.

Buku setebal 214 muka surat itu boleh didapati di pasaran dengan harga RM23.

Klik Untuk Besarkan Gambar

BIODATA PENULIS:
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman merupakan kolumnis beberapa akhbar dan majalah. Pernah muncul di radio IKIM.fm, TV9 dan RTM bagi membicarakan pelbagai isu dan hal ehwal syariah, ekonomi Islam dan perbankan Islam. Laman sesawang beliau (www.zaharuddin.net) menjadi rujukan ramai dalam isu-isu kewangan, pelaburan, bisnes dan isu-isu lain berkaitan agama. Ustaz Zaharuddin kini mengikuti pengajian peringkat kedoktoran di United Kingdom. Untukmu Wanita adalah buku ketujuh beliau dan yang pertama bersama Galeri Ilmu Sdn Bhd yang diterbitkan sempena Ramadan yang lalu.

 

Tajuk : Untukmu Umat

Terbitan : Karya Bestari Sdn Bhd

Penulis  : Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Halaman : 304
ISBN : 978-967-86-0331-7
Kategori : Islam / Amalan & Panduan
Harga : RM 11.00
Berat : 290 g

MENJADI insan yang cemerlang dan diredhai ALLAH adalah impian bagi setiap insan. Namun, untuk menuju kecemerlangan itu bukanlah sesuatu yang mudah jika tidak disertai dengan istiqamah dan semangat yang jitu. Prinsip amar makruf nahi mungkar juga menjadi tonggak untuk menjadi mukmin yang terbilang. Untukmu Umat diterbitkan sebagai panduan buat setiap individu untuk menuju ke arah kehidupan yang diredhai ALLAH. Buku ini juga membincangkan beberapa isu menarik berkaitan lelaki dan wanita masa kini. Antaranya ialah:

· Wanita dan wangian

· Batasan aurat wanita

· Jangan dayus wahai lelaki

· Maruah diri dan doa pelindung

. Adakah wanita dibenarkan bekerja?

Berpegang pada pesanan Nabi s.a.w iaitu, hati itu tenteram kepada kebaikan dan gelisah terhadap kejahatan… kandungan buku ini diharapkan dapat membimbing manusia sejagat dalam menghadapi mehnah kehidupan.

Insya-ALLAH.

 

Leave a comment