Alam Perkahwinan

daun

Peraturan Mencari jodoh

Sebelum sesebuah keluarga dibentuk, Islam telah menetapkan terlebih dahulu pertimbangan dalam mencari pasangan dengan tujuan menjamin kesejahteraan. Rasulullah S.A.W. melarang kecantikan dan kekayaan menjadi ukuran penting di dalam memilih isteri, tetapi hendaklah memilih yang berpegang kepada agama. Sabda baginda yang bermaksud: “Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik. (Diriwayatkan oleh Ibn Majah). Begitu juga bagi seorang wanita, janganlah menjadikan pangkat dan harta sebagai pertimbangan asasi di dalam memilih suami, kerana pangkat dan harta tanpa akhlak dan agama menjadi punca fitnah yang akan merosakkan kehidupan rumahtangga. Keturunan Dan Kufu’ Salah satu asas pertimbangan, selain daripada keagamaan seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, ialah keturunan bakal isteri itu. Aspek yang penting yang hendak ditinjau ialah dari segi kesihatan dan keadaan hidup keluarga. Dari segi kesihatan, perlu dikaji sama ada bakal isteri dan suami mempunyai keluarga yang mempunyai penyakit keturunan. Ini tidak bermakna wanita yang mempunyai keluarga yang berpenyakit tidak boleh dikahwini dan dipandang hina. Bahkan apa yang dimaksudkan di sini ialah ketelitian di dalam membentuk keluarga yang mahu mencapai peringkat yang ideal. Demikian juga perlu ditinjau aspek keadaan hidup keluarga bakal isteri, sama ada berpegang teguh kepada agama dan akhlak atau tidak. Keadaan dan suasana rumahtangga ibu bapa, sudah tentu mempengaruhi kehidupan anaknya. Sekiranya bakal suami isteri itu daripada keluarga yang tidak menghormati agama dan akhlak, sudah tentu sukar untuk membentuk suasana yang sesuai dengan kehendak Islam dalam keluarga tersebut. Satu masalah lagi yang menjadi tanda tanya ialah perkahwinan sekufu’ atau setaraf. Adakah Islam mengakui suami isteri itu bertaraf-taraf. Jawapannya ya. Taraf ini diukur dari darjat kehidupan. Tentulah tidak sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu, orang yang suka berpoya-poya dan berbuat maksiat dengan orang yang warak. Dari aspek inilah Islam melihat adanya perbezaan hidup manusia. Walaupun begitu dari segi nilai kemanusiaan, manusia itu sama. Manusia yang jahat pun, dari sudut peri kemanusiaan, perlu diberi pertolongan dan dihormati sebagai manusia. Dari semua perbezaan hidup dan nilai-nilai hidup manusia, tidak ada yang lebih mulia daripada insan yang bertakwa. Inilah sebenarnya yang dimaksudkan apabila Islam mengakui darjat-darjat hidup manusia. . Perkahwinan kufu’ ialah perkahwinan di antara suami dan isteri yang mempunyai persamaan dari segi keadaan hidup. Memang ada aliran hukum di dalam perundangan Islam yang tidak melihat perkara ini sebagai penting. Mereka memandang tidak penting yang kaya berkahwin dengan yang miskin, yang berpangkat berkahwin dengan yang tidak berpangkat. Aliran ini melihat dari aspek kemanusiaan semata-mata, yakni Allah S.W.T. menjadikan manusia sama sahaja. Tetapi satu aliran hukum lagi dalam perundangan Islam iaitu aliran al-Syafiyyah, memandang perbezaan taraf hidup sama ada dari segi kekayaan, ilmu, akhlak dan lain-lain mempunyai pengaruh dalam menentukan kehidupan rumahtangga, kerana realiti kehidupan seperti ini tidak boleh diperkecilkan. Seorang perempuan kaya yang sudah biasa dengan kehidupan mewah, sudah tentu menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan dirinya dengan kehidupan baru yang disediakan oleh suaminya yang miskin. Kesukaran ini boleh menimbulkan masalah yang rumit. Demikian juga seorang suami yang warak berkahwin dengan isteri yang suka berpoya-poya, sudah tentu akan menimbulkan masalah yang melibatkan hubungan suami isteri itu. Inilah realiti kehidupan alam perkahwinan yang perlu mendapat perhatian perundangan dan dari sinilah timbulnya masalah kahwin sekufu’. Aliran perundangan al-Syafiyyah, memberi hak kepada wali untuk melarang anak perempuan berkahwin dengan orang yang tidak sekufu’ dengannya untuk mengelak daripada masalah ini dan untuk kepentingan hidup anaknya. Demikian juga aliran ini memberi hak kepada anak perempuan membantah wali mengahwinkah dirinya dengan orang yang tidak sekufu’ dengannya, demi untuk menjaga kepentingan diri dan kehidupannya di masa hadapan.

3369666508_b01858639c_o

TANGGUNGJAWAB SEBELUM BERUMAHTANGGA

Untuk menolong kita didalam usaha-usaha membina rumah tangga yg Islami,

Islam telah memberikan petunjuk kepada kita. Diantaranya adalah:

1. Pernikahan kita haruslah karena Allah. Yaitu bertujuan utk:

-membina sebuah rumah tangga yg Islami

-melahirkan keturunan yg soleh

-membina keluarga yg sanggup memikul amanah dan dapat melaksanakan

kewujudan hidayah Allah sehingga hidayah tersebut akan terus

berlanjutan.

2. Pernikahan ditujukan untuk menjaga pandangan & kehormatan kita

sehingga kita betul-betul bertakwa kepada Allah. Rasulullah SAW telah

bersabda:  “Allah berhak menolong tiga golongan: orang yg berjihad di

jalan Allah, hamba mukatab yg ingin membayar harga tebusannya, dan

orang yg menikah dgn tujuan utk dapat memelihara kehormatan dirinya.”

(HR Tirmidhi, Ibn Hibban, dan Al-Hakim).

Sabda Rasulullah SAW yg lain:  “Barang siapa yg menikah bererti dia

telah menyempurnakan sebahagian agamanya, maka hendaklah dia bertakwa

kepada Allah yg merupakan sebahagian lainnya lagi.” (HR al-Baihaqi)

3.  Kita haruslah bijak dalam memilih pasangan hidup yg akan menjadi

teman hidup kita yg diharapkan dapat seiring dan sejalan. Ini

memerlukan usaha yg sungguh-sungguh. Rasulullah SAW telah bersabda:

“Pilihlah (yg terbaik) utk keturunanmu karena (kegagalan dari) satu

generasi akan menuju kepada krisis.” (HR Ibnu Majah dan Abu Mansur)

4.  Kita hendaklah memilih pasangan hidup yg memiliki akhlak yg

baik  & berpegang teguh kepada agama, jadi kekayaan dan wajah bukanlah

ukuran utama.

Sabda Rasulullah SAW:  “Janganlah kamu menikahi wanita kerana

kecantikannya; boleh jadi kecantikannya itu akan membuat mereka hina.

Janganlah kamu menikahi wanita kerana hartanya; boleh jadi hartanya

itu akan membuat mereka zalim. Tapi nikahilah mereka kerana agamanya.

Wanita hamba sahaya yg tuli namun beragama adalah lebih baik.” (HR

Ibnu Majah)

5.  Kita harus menjauhkan diri dari melanggar perintah Allah &

menjauhi kemurkaan Allah serta azabnya. Seperti yg disabdakan oleh

Rasulullah s.a.w:  “Siapa yg menikahi wanita kerana ketinggian

kedudukannya, pernikahan itu tidak akan membawa sesuatu kepadanya

kecuali kehinaan. Barangsiapa menikahi wanita kerana hartanya maka itu

tidak akan menambah sesuatu kepdanya kecuali kemiskinan. Barangsiapa

yg menikahi wanita kerana keturunannya, perkawinan itu tdk akan

menambah sesuatu kepadanya kecuali

hina dina. Dan barang siapa yg menikahi wanita dg tujuan agar dapat

menahan pandangannya, memelihara kehormatannya atau menghubungkan

silaturahim, Allah akan memberikan berkah kepadanya bersama wanita itu

dan memberikan berkah kepada wanita itu bersamanya.” (HR Abu Nuaim)


3274763742_b0761bdf3b

Petua Menambat Hati Isteri

Bahagian 1

1.  Sentiasa berdoa agar disayangi.
2.  Bila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
3.  Tunjukkan keperihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
4.  Berlatih untuk mendengar dengan baik.
5.  Jangan  tergesa-gesa  untuk  menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
6.  Berikan  masa  sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang “berkualiti” terhadap isteri.
7.  Belikan bunga atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk.
8.  Tolong masak atau ajak makan diluar sekali-sekala.
9.  Beri pujian mengenai penampilan isteri  —  rambut, wajah, pakaian dll.
10.  Pujuk bila isteri marah atau kecil hati.
11.  Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
12.  Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
13.  Bila lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
14.  Bila isteri minta bantuan, nyatakan “boleh” atau “tidak boleh” dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
15.  Jika perlu menjauhkan diri sekali-sekala, beritahu bila anda akan pulang. Beritahu yang anda perlu bersendirian untuk berfikir.
16.  Bila  sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
17.  Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya, letakkan surat khabar atau tutup televisyen.
18.  Bila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
19.  Beri tahu bila kita ingin berehat atau tidur.
20.  Peluk isteri dengan penuh kasih sayang empat kali sehari.

Bahagian 2

1.   Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin memberitahu  “I love you”.
2.   Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurang dua kali sehari.
3.   Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.
4.   Tolong  terbalikkan  stokin  atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci.
5.   Tolong buang sampah tanpa disuruh.
6.   Bila keluar out-station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.
7.   Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
8.   Sokong pendapat isteri kalau beliau bertentangan pendapat dengan orang lain.
9.   Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa ke semasa.
10.  Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
11.  Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masaalah isteri.
12.  Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama isteri.
13.  Pamerkan  kasih  sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan jauh bila berjalan.
14.  Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.
15.  Buatkan air minuman atau seumpamanya untuk isteri sekali-sekala.
16.  Bila  makan  di  luar,  jangan  harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
17.  Sabar bila isteri terlambat sedikit atau tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.
18.   Beri  perhatian  yang  lebih  pada  isteri   dari  orang  lain semasa dikhalayak ramai.
19.   Lebihkan isteri dari anak-anak.
20.   Belikan  hadiah-hadiah  kecil dari semasa ke semasa — minyak wangi, jamu atau seumpamanya.

Bahagian 3

1.   Beri respond yang positive bila mendengar isteri bercerita.
2.   Bila isteri kurang sihat, beri perhatian yang sewajarnya.Manjakan isteri sepertimana mereka memanjakan kita.
3.   Masuk  tidur  serentak  dengan isteri. Jangan tunggu program TV habis baru masuk tidur.
4.   Belai isteri sebelum pergi kerja.
5.   Cuba  ketawa  bila  isteri  buat  lawak  atau   bercerita sesuatu yang melucukan.
6.   Ucapkan terima kasih diatas setiap khidmat yang isteri berikan.
7.   Cari masa untuk berdua-duaan sekali-sekala.
8.   Lakukan riadhah bersama isteri.
9.   Pergi berkelah / picnic sekali-sekala.
10.  Tolong cuci atau jemur pakaian sekali-sekala.
11.  Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
12.  Cuba berikan / tunaikan apa yang isteri hajati.
13.  Nyatakan yang anda merinduinya bila berjauhan.
14.  Bawa pulang ole-ole / kuih kegemaran isteri sekali-sekala.
15.  Sentiasa lakukan ibadah bersama.

Petua Menambat Hati Suami

  1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita.
  2. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.
  3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai)
  4. Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.
  5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.
  6. Ruangkan masa yang betul-betul “berkualiti” sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.
  7. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
  8. Masak resepi ibu mertua ( kegemaran suami )sekali-sekala.
  9. Beri pujian terhadap penampilan suami.
    — rambut, wajah, pakaian
    — kacak, kesederhanaan dan seumpamanya
  10. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati.
  11. Minta bantuan suami hanya jika sesuai – sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.
  12. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.
  13. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. ( Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )
  14. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ( sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian )
  15. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
  16. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
  17. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )
  18. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.
  19. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.
  20. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.
  21. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.
  22. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.
  23. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.
  24. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam ( walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.
  25. Bila meminta bantuan suami :-
    *    Terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu
    bantuan.
    *    Beri pilihan kerja yang disukainya.
    *    Jangan menyuruh-nyuruh.
    *    Gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.
  26. Pesan ke suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.
  27. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
  28. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.
  29. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
  30. Bila keluar berkereta:
    – Jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walau pun ada
    jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.)
    –  jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian.
    –  jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu.
    –  bersangka baik apabila tersesat jalan.
  31. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.
  32. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.
  33. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami di ketika itu. Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.
  34. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami.
  35. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya “Abang nak minum air apa?” atau ” Abang nak minum ke?”
  36. Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai.
  37. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.
  38. Sentiasa bersegera apabila bersiap dan jangan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai.
  39. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai)
  40. Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-kesemasa:
    –  tali pinggang, kasut, cermin mata hitam dan seumpamanya.
  41. Tolong suami buat kerja dia di rumah.
    –  cuci kereta, potong rumput, mengecat rumah dan seumpamanya.
  42. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa.
  43. Pergi ” dating” atau ” berbulan madu” sekali sekala.
  44. Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan sesekali menempelak atau ” pulangkan paku buah keras “.
  45. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.
  46. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa
  47. Layan suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal.

Membentuk Keluarga Muslim

Bagi anda yang bercita-cita untuk membina rumahtangga bahagia dan mendapat
keberkatan dan keredhaan daripada Allah s.w.t renungkanlah tips berikut : - 

1) Anda perlu meletakkan tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah.
Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah kehendak
semulajadi yang telah diletakkan oleh Allah dalam diri setiap manusia yang
normal. 

Surah Al-Furqan ayat 74 :-

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan
kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang yang
bertaqwa." 

2) Anda perlu menyedari bahawa perkahwinan anda dengan orang yang dikasihi
itu adalah suatu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izin yang Maha
Berkuasa perkahwinan anda tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar
usaha dan penat lelah yang telah anda lakukan kearahnya. Anda juga perlu
menerima hakikat bahawa usia perkahwinan anda terletak di tanganNya, dan
Allah berhak mengambilnya pada bila-bila masa yang dikehendakiNya. Sebagai
seorang yang beriman dengan qoda' dan qadar Allah anda hendaklah sentiasa
berdoa agar jodoh anda dengan pasangan berpanjangan sehingga ke akhir hayat. 

Allah berfirman dalam surah Al-An'am ayat 17 :-

"Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang
menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan
kepadamu, maka dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

3) Perkahwinan membuahkan hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang perlu
ditunaikan baik oleh suami atau pun isteri. Diantara tanggungjawab suami
ialah melunaskan mas kahwin, memberi nafkah zahir dan bathin, mendidik
isteri dan anak- anak serta berlaku baik terhadap mereka. Manakala
tanggungjawab isteri pula ialah mentaati suami dalam perkara yang tidak
berlawanan dengan syara', memelihara diri dari perkara yang mungkar,
menjaga harta suami dan menguruskan rumahtangga.

Segala hak dan tanggungjawab ini telah termaktub didalam Al-Qur'an dan
sangat bersesuaian dengan tabiat dan fitrah semulajadi manusia. Anda
seharusnya melaksanakan segala tanggungjawab ini bukan sekadar untuk
menyukakan hati pasangan anda sahaja, sebaliknya kerana mencari keredhaan
Allah s.w.t. 

4) Sebagai seorang mukmin , sama ada lelaki dan perempuan mestilah
meletakkan Allah dan Rasul lebih tinggi daripada segalanya. Firman Allah
yang bermaksud :-

"Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara,isteri-isteri, kaum
keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu
khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah
lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di
jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah
tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." [Surah At Taubah, 24]

Oleh itu anda mestilah memahami kedudukan anda di sisi pasangan. Anda
bukanlah pihak yang pertama di hatinya. Bagi suami, selepas ketaatan kepada
Allah dan RasulNya, ibubapa jatuh tempat kedua kemudian barulah isteri dan
keluarga. Sementara bagi isteri, suami adalah tempat kedua selepas Allah
dan RasulNya. Kemudian itu barulah ibubapa. Setelah memahami kedudukan yang
ditetapkan oleh Allah, anda seharusnya tolong menolong di antara suami
isteri dalam meletakkan hak dan kedudukan ini supaya kena pada tempatnya. 

5) Anda haruslah ingat bahawa pasangan anda adalah manusia biasa yang tidak
terkecuali daripada kelemahan dan kesilapan. Anda juga demikian. Oleh itu
sekiranya pasangan anda melakukan kesilapan, janganlah terlalu
diperhitungkan. Sentiasalah mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling
maaf memaafi antara suami dan isteri. 

6) Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan suami
isteri sebagai pakaian bagi satu sama lain. Bayangkan bagaimana pentingnya
pakaian bagi manusia untuk menghindarkan diri daripada hujan dan
panas,begitulah pentingnya anda kepada pasangan anda. Sebagai pakaian anda
diperlukan setiap masa oleh pasangan anda untuk menutupi keaibannya dan
melindunginya daripada perkara-perkara yang tidak menyenangkan. Oleh itu
anda perlulah menjadikan diri anda sebagai pakaian yang terbaik untuknya
dan menjauhkan diri daripada menjadi pakaian yang buruk, lusuh dan tidak
berguna. 

7) Sebagai seorang Islam, telah wujud ikatan persaudaraan Islamiah antara
anda dan pasangan sebelum perkahwinan. Ijabkabul bukan sahaja menjadikan
anda suami atau isteri malah mengerat dan mengemaskan lagi ikatan
persaudaraan ini. Oleh itu kasih sayang tidak hanya berfungsi untuk
mengikat suami dan isteri tetapi juga sebagai saudara seiman dan seagama. 

8) Anda perlulah beradab dipertemuan pertama dengan pasangan anda. Suami
hendaklah memberi salam kepada isteri apabila memasuki bilik pengantin dan
meletakkan tangannya di atas ubun-ubun isteri sambil berdoa dengan maksud:- 

"Wahai Tuhanku aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan apa yang
Engkau fitrahkan dia atasnya. Dan aku berlindung dengan Mu dari
kejahatannya dan kejahatan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya."

Selepas itu pasangan hendaklah bersembahyang sunat dan berdoa kepada Allah
agar diberiNya kebaikan dan dijauhiNya kejahatan. Dan jika hendak bersama
dengan pasangan bacalah doa dengan maksud:-

"Wahai Tuhanku, jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan
daripada anak-anak yang engkau anugerahkan kepada kami."

Pertelingkahan antara suami isteri adalah sesuatu yang biasa terjadi
sebagaimana lazim disebutkan 'sedangkan lidah lagi tergigit'. Maka apabila
berlaku pergeseran janganlah diperbesarkan. Kalau suami marah seeloknya
isteri diam dan kalau isteri marah, giliran suami pula diam. Adalah tidak
perlu pasangan yang dimarahi cuba membela diri kerana lazimnya ia tidak
membuahkan hasil yang baik. Walau bagaimanapun sesiapa yang marah ini
perlulah ingat dan bertanya kenapa aku marah. Adakah pasangan aku telah
melakukan mungkar yang bertentangan dengan syariat Allah. Jika tidak,
nasihat yang baik adalah lebih berkesan. Hidup saling memaafkan dan saling
mengerti antara satu sama lain akan menambahserikan rumah tangga.

Janganlah takut menghadapi dugaan dan ujian kerana rumahtangga yang diuji
akan membuatkannya lebih kukuh dan matang jika pasangan bijak
mengendalikannya. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan usaha
kita dalam melayari kehidupan berumahtangga.
Isteri Solehah
 
1098979

Rasulullah SAW bersabda : "Empat perkara dari kebahagiaan (yang memba-
hagiakan) adalah : wanita (isteri) yang saleh, tempat tinggal yang
lapang, tetangga yang saleh dan kendaraan yang baik. Sedang empat perkara
dari nasib malang adalah : tetangga yang jahat, wanita (isteri) yang buruk
(perangainya), kendaraan (yang sering) rusak dan tempat penginapan yang
sempit." Dan dalam sabda beliau yang lain :"Dunia semuanya adalah
perhiasan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita (isteri) yang saleh."

Bagi seorang pemuda Islam, wanita Islam mithaliyyah adalah merupakan
impiannya. Ia bercita-cita untuk mendapatkan seorang suri rumahtangga -yang
kalau bisa - mempunyai empat ciri, yaitu cantik rupawan, hartawan, bangsawan
dan berpegang teguh dengan ajaran agama. Tetapi angan-angan ini jarang dapat
terlaksana, sebab wanita yang memenuhi empat ciri ini terlalu sukar untuk di-
temui.

Seorang pemuda akan menyia-nyiakan umurnya sampai tua untuk mencari
Kibrit Al Ahmar seperti ini. Tidak ada pilihan melainkan terpaksa tunduk pada
reality. Rasulullah SAW menganjurkan agar dalam memilih jodoh, dipilih wanita
yang Zatu Addin yang berpegang teguh kepada agama. Inilah yang bisa membawa
berkah kepada seseorang lelaki.

Rasulullah SAW bersabda : "Dunia ini semuanya perhiasan. Sebaik-baik
perhiasan dunia ini adalah wanita (isteri) yang saleh." Beliau
menerangkan lagi dalam sabdanya : "Wanita dinikahi karena empat perkara :
karena hartanya, karena keturunannya, karena kecantikannya, dan karena
agamanya, maka pilihlah yang (kuat) beragama niscaya kamu beruntung."

Arahan Rasulullah SAW ini menunjukkan bahwa mithaliyyah yang dimaksud-
kan ialah wujudnya sifat-sifat yang terpuji dan mulia dari sudut
pandangan Islam dalam diri wanita yang bersangkutan. Ciri-ciri keunggulan
itu dinilai dan diukur dengan kriteria Islam atau Islamic World View yang
selaras dengan nas-nas syara'.

Memang kesempurnaan pribadi Insan Kamil seperti Rasulullah SAW itu
suatu yang sukar atau mustahil dicapai. Akan tetapi tingkat yang paling
hampir mendekati kesempurnaan mungkin bisa menjadi target bagi insan.
2670526704_3e6263f514

Memilih Masa yang Baik

Di dalam Islam telah digariskan ketika-ketika yang sesuai untuk melakukan jima’ sekiranya ingin mendapat anak yang cemerlang dan semoga ketika-ketika ini dijadikan panduan praktis oleh suami isteri:

1.Menurut Imam Syafie r.a, waktu yang paling baik untuk jima’ ialah pada malam Jumaat, malam Isnin dan malam Khamis. Kerana mengikut sunnah Nabi saw. Faedahnya, jima’ pada malam Khamis menyebabkan anak itu menjadi mukmin yang baik.

2.Rasulullah saw. berpesan bahawa jika jima’ pada malam Isnin, anak yang bakal lahir akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pemberian Allah swt.

3.Rasulullah saw. berpesan bahawa jika jima’ pada malam Selasa, anak itu akan mendapat nikmat syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan mengazabnya bersama orang musyrikin, mulutnya berbau harum dan akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya dari mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

4.Pesanan Rasulullah, jika berjima’ pada malam Khamis, anak yang bakal lahir itu adalah yang bijaksana di kalangan orang yang bijaksana, atau seorang alim di kalangan orang alim.

5.Berjima’ semasa matahari di tengah langit, anak yang bakal lahir tidak akan dihampiri syaitan sehingga dia beruban, dan menjadi seorang faqih dan mendapat rezeki keselamatan agama dan dunia.

6.Dari pesanan Rasullullah saw. jika jima’ pada malam Jumaat, anak yang bakal lahir dari jima’ itu akan menjadi pemidato yang berwibawa dan petah. Jika berjima’ pada hari Jumaat lepas Asar, anak akan menjadi terkenal, masyhur alim. Jika berjima’ pada malam Jumaat selepas Isyak, anak nanti akan menjadi seorang yang abdal (terkemuka).

Eloklah kita fikir-fikir sejenak, kemudian memperhatikan manusia-manusia yang terdaya diperhatikan. Sekiranya dia lahir dari kalangan ibu bapa yang mengetahui mengenai pentingnya memilih ketika yang sesuai untuk pembentukan janin yang cemerlang, tentulah ibu bapanya telah merancang agar melakukannya di hari-hari dan masa-masa yang tertentu. Kemudian perhatikan pula manusia-manusia yang pincang hidupnya. Dalam suasana manakah agaknya janinnya terbentuk?

3218834602_2431247a9a

WANITA :AKAL SENIPIS RAMBUTNYA

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.

Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.

Masih mencari walau ada segalanya.

Apa yang tiada dalam syurga?

Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.

Untuk diluruskan oleh lelaki.

Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,

Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,

Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.

Didiklah mereka dengan panduan darinya.

Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.

Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.

Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.

Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman…

Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya…

Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab…

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..

Ia bukan diskriminasi Allah…sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah…

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya…

Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan…

Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus…

Bahkan akan semakin membengkok…

Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya…

Bila wanita menjadi derhaka…pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara….

Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata…

Tapi binalah kepimpinan…

Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya…

Jinakkan diri kepada allah…

Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu…

Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra’

Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

Wallahua’lam..

3240681089_7727d3abcf

PERBANDINGAN EMPAT MAZHAB  BERHUBUNG WANITA MERDEKA NISBAH PADA PANDANGAN LELAKI AJNABI

MALIKIYY  Semua badannya, kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah (harus) didedahkan muka dan dua tapak tangannya di jalan dan di hadapan lelaki ajnabi, tetapi sengan syarat aman daripada fitnah. Jika ditakuti fitnah, maka wajib ditutup

HAMBALIYY  Ada dua qawl:

1.  Semua badannya kecuali muka dan dua tapak tangan. Muka dan dua tapak tangannya halal dilihat lelaki ajnabi, jika aman daripada fitnah. Tetapi wajib ditutup     sekiranya ditakuti mendatangkan fitnah.

2.  Semua badannya, tanpa kecuali. Ini berdasarkan kepada satu riwayat daripada Iman Ahmad dan inilah qawl yang paling sahih.

SHAFI’IYY  Ada dua qawl berdasarkan dua riwayat daripada Iman Shafi’iyy:

1.  Semua badan, tanpa kecuali. Inilah qawl yang paling sahih atau paling nyata atau mu’tamad, sebagaimana diterangkan oleh Ibnu Hajar al-Haytamiyy di dalam az-Zawajir dan al-Baydawiyy di dalam Tafsirnya dan juga para Ulama’ Shafi’iyyah.

2.  Semua badan, melainkan muka dan dua tapak tangan. Mubah didedahkan muka dan dua tapak tangan di hadapan lelaki ajnabi dengan syarat aman daripada fitnah. Wajib tutup muka dan dua tapak tangan itu bukan kerana ianya aurat, tetapi kerana menutup pintu fitnah dan fasad.

HANAFIYY  Ada dua qawl, derdasarkan dua riwayat daripada Iman Abu Hanifah:

1.  Semua badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah didedahkan muka dan dua tapak tangan di jalan dan di depan lelaki ajnabi dengan syarat aman dari fitnah. Jika ditakuti mendatangkan fitnah atau membawa kepada fasad, maka wajib ditutup.

2.  Semua badannya, kecuali muka, dua tapak tangan dan dua qadam (iaitu tapak kaki) dan pergelangannya.

TATA CARA PERKAWINAN DALAM ISLAM

Yazid bin Abdul Qadir Jawas Halaman empat dari empat tulisan

Islam telah memberikan konsep yang jelas tentang tata cara perkawinan berlandaskan Al-Qur’an dan Sunnah yang Shahih
(sesuai dengan pemahaman para Salafus Shalih -peny), secara singkat penulis sebutkan dan jelaskan seperlunya :

1. Khitbah (Peminangan) Seorang muslim yang akan mengawini seorang muslimah hendaknya ia meminang terlebih dahulu, karena dimungkinkan ia sedang dipinang oleh orang lain, dalam hal ini Islam melarang seorang muslim meminang wanita yang sedang dipinang oleh orang lain (Muttafaq ‘alaihi). Dalam khitbah disunnahkan melihat wajah yang akan dipinang (Hadits Shahih Riwayat Ahmad, Abu Dawud, Tirmidzi No. 1093 dan Darimi).

2. Aqad Nikah Dalam aqad nikah ada beberapa syarat dan kewajiban yang harus dipenuhi : a. Adanya suka sama suka dari kedua calon mempelai. b. Adanya Ijab Qabul. c. Adanya Mahar. d. Adanya Wali. e. Adanya Saksi-saksi.

Dan menurut sunnah sebelum aqad nikah diadakan khutbah terlebih dahulu yang dinamakan Khutbatun Nikah atau Khutbatul Hajat.

3. Walimah Walimatul ‘urusy hukumnya wajib dan diusahakan sesederhana mungkin dan dalam walimah hendaknya diundang orang-orang miskin. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda tentang mengundang orang-orang kaya saja berarti makanan itu sejelek-jelek makanan.

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.

“Artinya : Makanan paling buruk adalah makanan dalam walimah yang hanya mengundang orang-orang kaya saja untuk makan, sedangkan orang-orang miskin tidak diundang. Barangsiapa yang tidak menghadiri undangan walimah, maka ia durhaka kepada Allah dan Rasul-Nya”. (Hadits Shahih Riwayat Muslim 4:154 dan Baihaqi 7:262 dari Abu Hurairah).

Sebagai catatan penting hendaknya yang diundang itu orang-orang shalih, baik kaya maupun miskin, karena ada sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam :

“Artinya : Janganlah kamu bergaul melainkan dengan orang-orang mukmin dan jangan makan makananmu melainkan orang-orang yang taqwa”. (Hadist Shahih Riwayat Abu Dawud, Tirmidzi, Hakim 4:128 dan Ahmad 3:38 dari Abu Sa’id Al-Khudri).

SEBAGIAN PENYELEWENGAN YANG TERJADI DALAM PERKAWINAN YANG WAJIB DIHINDARKAN/DIHILANGKAN

1. Pacaran Kebanyakan orang sebelum melangsungkan perkawinan biasanya “Berpacaran” terlebih dahulu, hal ini biasanya dianggap sebagai masa perkenalan individu, atau masa penjajakan atau dianggap sebagai perwujudan rasa cinta kasih terhadap lawan jenisnya.

Adanya anggapan seperti ini, kemudian melahirkan konsesus bersama antar berbagai pihak untuk menganggap masa berpacaran sebagai sesuatu yang lumrah dan wajar-wajar saja. Anggapan seperti ini adalah anggapan yang salah dan keliru. Dalam berpacaran sudah pasti tidak bisa dihindarkan dari berintim-intim dua insan yang berlainan jenis, terjadi pandang memandang dan terjadi sentuh menyentuh, yang sudah jelas semuanya haram hukumnya menurut syari’at Islam.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Artinya : Jangan sekali-kali seorang laki-laki bersendirian dengan seorang perempuan, melainkan si perempuan itu bersama mahramnya”. (Hadits Shahih Riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim).

Jadi dalam Islam tidak ada kesempatan untuk berpacaran dan berpacaran hukumnya haram.

2. Tukar Cincin Dalam peminangan biasanya ada tukar cincin sebagai tanda ikatan, hal ini bukan dari ajaran Islam. (Lihat Adabuz-Zafat, Nashiruddin Al-Bani)

3. Menuntut Mahar Yang Tinggi Menurut Islam sebaik-baik mahar adalah yang murah dan mudah, tidak mempersulit atau mahal. Memang mahar itu hak wanita, tetapi Islam menyarankan agar mempermudah dan melarang menuntut mahar yang tinggi.

Adapun cerita teguran seorang wanita terhadap Umar bin Khattab yang membatasi mahar wanita, adalah cerita yang salah karena riwayat itu sangat lemah. (Lihat Irwa’ul Ghalil 6, hal. 347-348).

4. Mengikuti Upacara Adat Ajaran dan peraturan Islam harus lebih tinggi dari segalanya. Setiap acara, upacara dan adat istiadat yang bertentangan dengan Islam, maka wajib untuk dihilangkan. Umumnya umat Islam dalam cara perkawinan selalu meninggikan dan menyanjung adat istiadat setempat, sehingga sunnah-sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang benar dan shahih telah mereka matikan dan padamkan.

Sungguh sangat ironis…!. Kepada mereka yang masih menuhankan adat istiadat jahiliyah dan melecehkan konsep Islam, berarti mereka belum yakin kepada Islam.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :

“Artinya : Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada
(hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ?”. (Al-Maaidah :
50).

Orang-orang yang mencari konsep, peraturan, dan tata cara selain Islam, maka semuanya tidak akan diterima oleh Allah dan kelak di Akhirat mereka akan menjadi orang-orang yang merugi, sebagaimana firman Allah Ta’ala :

“Artinya : Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”. (Ali-Imran : 85).

5. Mengucapkan Ucapan Selamat Ala Kaum Jahiliyah Kaum jahiliyah selalu menggunakan kata-kata Birafa’ Wal Banin, ketika mengucapkan selamat kepada kedua mempelai. Ucapan Birafa’ Wal Banin (=semoga mempelai murah rezeki dan banyak anak) dilarang oleh Islam.

Dari Al-Hasan, bahwa ‘Aqil bin Abi Thalib nikah dengan seorang wanita dari Jasyam. Para tamu mengucapkan selamat dengan ucapan jahiliyah : Birafa’ Wal Banin . ‘Aqil bin Abi Thalib melarang mereka seraya berkata : “Janganlah kalian ucapkan demikian !. Karena Rasulullah shallallhu ‘alaihi wa sallam melarang ucapan demikian”. Para tamu bertanya :”Lalu apa yang harus kami ucapkan, wahai Abu Zaid ?”. ‘Aqil menjelaskan :

“Ucapkanlah : Barakallahu lakum wa Baraka ‘Alaiykum”
(= Mudah-mudahan Allah memberi kalian keberkahan dan melimpahkan atas kalian keberkahan). Demikianlah ucapan yang diperintahkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam”. (Hadits Shahih Riwayat Ibnu Abi Syaibah, Darimi
2:134, Nasa’i, Ibnu Majah, Ahmad 3:451, dan lain-lain).

Do’a yang biasa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ucapkan kepada seorang mempelai ialah :

“Baarakallahu laka wa baarakaa ‘alaiyka wa jama’a baiynakumaa fii khoir”

Do’a ini berdasarkan hadits shahih yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:

‘Artinya : Dari Abu hurairah, bahwasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam jika mengucapkan selamat kepada seorang mempelai, beliau mengucapkan do’a :
(Baarakallahu laka wabaraka ‘alaiyka wa jama’a baiynakuma fii khoir ) = Mudah-mudahan Allah memberimu keberkahan, Mudah-mudahan Allah mencurahkan keberkahan atasmu dan mudah-mudahan Dia mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan”. (Hadits Shahih Riwayat Ahmad 2:38, Tirmidzi, Darimi 2:134, Hakim 2:183, Ibnu Majah dan Baihaqi 7:148).

6. Adanya Ikhtilath Ikhtilath adalah bercampurnya laki-laki dan wanita hingga terjadi pandang memandang, sentuh menyentuh, jabat tangan antara laki-laki dan wanita. Menurut Islam antara mempelai laki-laki dan wanita harus dipisah, sehingga apa yang kita sebutkan di atas dapat dihindari semuanya.

7. Pelanggaran Lain Pelanggaran-pelanggaran lain yang sering dilakukan di antaranya adalah musik yang hingar bingar.


Leave a comment