Catatan Perjalanan

3866050493_f20a03a7f3

2 Sept 2009 -11.54pg

Dalam Tidak sedar, sudah 12 hari aku menempuh puasa bulan ramadhan 1430H di Uiam.Banyak perkara yang aku belajar semasa menuntut di universiti ini.Melihat kerenah dan telatah manusia yang pelbagai, kadang-kadang rasa pelik dibuatnya khususnya apabila menunaikan solat fahdhu dan tarawikh di masjid Uiam.Aku sering memerhatikan cara solat pelajar-pelajar dari negara arab, afrika dan negara asia yang lain.Pelbagai mazhab yang mereka gunakan semasa menunaikan solat antaranya mengikut mazhab hanafi,maliki dan hambali.Begitu mudah dan luaskan amalan Islam dalam aspek ibadah jika seseorang itu faham untuk melaksanaknya.Dari aspek bacaan Imam solat tidak terkecuali sebab disini para imam sering bertukar-tukar shif.Kalau masa tu imam dari Arab Atau Eropah mereka membaca secara qiraat.Inilah kelebihan yang aku dapat rasai berbanding di tempat-tempat lain.Selepas solat jumaat, sering dilakukan solat ghaib, solat mayat dan solat hajat, disamping pelajar-pelajar dari negara arab membuat halaqah @usrah memberi tazkirah  kepada jemaah yang hadir.Aku rasa kadang-kadang  macam solat di Masjidilharam ,Mekah.he….he…..Paling best, setiap hari satu juz untuk  solat tarawikh yang diadakan dengan 20 rakaat.kalau masa malas, aku buat 8 rakaat je. Cuma solat tarawikh disana tidak ada sesi  tazkirah. Itu yang aku rasa rugi sangat.Kalau solat tarawikh di kampung  tak rasai suasana ni kerana imam selalu baca bacaan pendek dan solat nak cepat habis.

Bulan ramadhan ni, aku lebih suka berbuka dimasjid universiti berbanding di rumah kerana dapat berjumpa dan berkenalan  dengan jemaah yang lain.Selain tu, dapat save skit belanja untuk juadah berbuka.he…..he….

Apapun semoga ramadhan tahun ini lebih bermakna buatku dan berharap menemui malam Lailatur Qadar kalau diizinkan Allah…..

Ramadhan kareem………

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.